#YOUAREON, RAY-BAN AJAK BEREKSPRESI DIRI
SIRI KEMPEN RAY-BAN ‘YOU’ARE ON’ DITERUSKAN LAGI DENGAN PENAMPILAN KHAS CHARLI XCX DAN BEABADOOBEE. BERCERITA TENTANG STAIL DAN EKSPRESI DIRI. TURUT MELANCARKAN REKAAN KACA MATA BAHARU UNTUK TRIK GAYA MUSIM BAHARU.
Bahagian kedua siri Ray-Ban ‘You’re On’ dilancarkan dengan dua episod baru. Dengan menampilkan pemuzik masa kini Charli XCX dan beabadoobee, berkongsi cerita peribadi mereka yang secara tak langsung mengekspresi gaya yang unik.
Masih dihasilkan dalam konsep siri pendek (sambungan dari siri yang pertama), kempen ini menceritakan tentang perspektif peribadi mengenai gaya. Yang menonjolkan sisi berani, bebas dan spontan mereka bergelar pemuzik. Kempen ini meraikan tema yang bertepatan dengan gaya hidup masa kini iaitu Vinyl dan Pool Party.

Menghangatkan lagi kempen, terdapat juga cabaran TikTok #RayBanElevatorDance yang diperkenalkan. Menampilkan lagu nada rancak, “You’n On” nyanyian On the Groove yang tersedia di semua platform streaming muzik termasuk Spotify, Apple, Amazon & Tidal. Antara yang telah mencuba cabaran tersebut ialah TikToker Itali Giulia Penna dan sepuluh pencipta TikTok terhebat di dunia, dengan @laurieelle (UK), @ roxanne.off (Perancis), @selinamour (Jerman), @andreaapalazon (Sepanyol) dan @guiliavitaliti (Itali ), serta @ bdash_2, @yvnghomie, @raino, @luiscervantes dan @officiallizsanchez dari AS.
Lebih istimewa, sebagai inisiatif Ray-Ban, IG filters dan klip video baru turut diperkenalkan. Merangkumi perkhidmatan Ray-Ban 100% dan budaya Ray-Ban yang segar untuk pencinta jenama yang gemar bermain aktiviti secara digital.
VINYL
Lebih dari sekadar penampilan, ‘cult style’ adalah satu konsep. Dari budaya ‘underground’ hingga ke legenda muzik yang ikonik, rentak menandakan irama, penampilan mereka seringnya menjadi bualan. Gaya yang sering ditonjolkan adalah dengan memakai kaca mata bingkai retro, kerana visi mereka, seperti muzik mereka. Sentiasa melangkaui trend semasa. They are simply epic.
POOL PARTY
Made for the fun, karakter unik membuat Ray-Ban sentiasa bersedia bermain dengan reka bentuk yang paling cool. Gaya hidup berparti dan sukakan keseronokkan menjadi ilham untuk kempen konsep pool party diterbitkan. Gelak tawa dan masa-masa gembira bersama kawan-kawan dipaparkan secara menyeluruh. Menggambarkan suasana sebenar anjuran pool party. Tampil bergaya sepenuhnya, ritma mereka ternyata original-ia hadir secara spontan, bertenaga dan benar-benar melambangkan identiti Ray-Ban.
Visi kreativiti Ray-Ban dan ekspresi diri yang bebas terpampang nyata pada lembaran visual kempen. Memang perihal tersebut menjadi mesej tersembunyi Ray-Ban di dalam kempen kaca mata terbaru. Fokus kepada keperibadian dan karakter itulah yang Ray-Ban ingin tekankan dan tentunya tergambar jelas paa pesona kempen, termasuklah kempen video.
KOLEKSI KACA MATA BARU RAY-BAN

Tags
Artikel Yang Berkaitan
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.











