Skip to content

#YOUAREON, RAY-BAN AJAK BEREKSPRESI DIRI

Kongsikan artikel ini
1 of 5

SIRI KEMPEN RAY-BAN ‘YOU’ARE ON’ DITERUSKAN LAGI DENGAN PENAMPILAN KHAS CHARLI XCX DAN BEABADOOBEE. BERCERITA TENTANG STAIL DAN EKSPRESI DIRI. TURUT MELANCARKAN REKAAN KACA MATA BAHARU UNTUK TRIK GAYA MUSIM BAHARU. 

 

Bahagian kedua siri Ray-Ban ‘You’re On’ dilancarkan dengan dua episod baru. Dengan menampilkan pemuzik masa kini Charli XCX dan beabadoobee, berkongsi cerita peribadi mereka yang secara tak langsung mengekspresi gaya yang unik. 

Masih dihasilkan dalam konsep siri pendek (sambungan dari siri yang pertama), kempen ini menceritakan tentang perspektif peribadi mengenai gaya. Yang menonjolkan sisi berani, bebas dan spontan mereka bergelar pemuzik. Kempen ini meraikan tema yang bertepatan dengan gaya hidup masa kini iaitu Vinyl dan Pool Party. 

 

Menghangatkan lagi kempen, terdapat juga cabaran TikTok #RayBanElevatorDance yang diperkenalkan. Menampilkan lagu nada rancak, “You’n On” nyanyian On the Groove yang tersedia di semua platform streaming muzik termasuk Spotify, Apple, Amazon & Tidal. Antara yang telah mencuba cabaran tersebut ialah TikToker Itali Giulia Penna dan sepuluh pencipta TikTok terhebat di dunia, dengan @laurieelle (UK), @ roxanne.off (Perancis), @selinamour (Jerman), @andreaapalazon (Sepanyol) dan @guiliavitaliti (Itali ), serta @ bdash_2, @yvnghomie, @raino, @luiscervantes dan @officiallizsanchez dari AS. 

Lebih istimewa, sebagai inisiatif Ray-Ban, IG filters dan klip video baru turut diperkenalkan. Merangkumi perkhidmatan Ray-Ban 100% dan budaya Ray-Ban yang segar untuk pencinta jenama yang gemar bermain aktiviti secara digital. 

VINYL

Lebih dari sekadar penampilan, ‘cult style’ adalah satu konsep. Dari budaya ‘underground’ hingga ke legenda muzik yang ikonik, rentak menandakan irama, penampilan mereka seringnya menjadi bualan. Gaya yang sering ditonjolkan adalah dengan memakai kaca mata bingkai retro, kerana visi mereka, seperti muzik mereka. Sentiasa melangkaui trend semasa. They are simply epic. 

POOL PARTY

Made for the fun, karakter unik membuat Ray-Ban sentiasa bersedia bermain dengan reka bentuk yang paling cool. Gaya hidup berparti dan sukakan keseronokkan menjadi ilham untuk kempen konsep pool party diterbitkan. Gelak tawa dan masa-masa gembira bersama kawan-kawan dipaparkan secara menyeluruh. Menggambarkan suasana sebenar anjuran pool party.  Tampil bergaya sepenuhnya, ritma mereka ternyata original-ia hadir secara spontan, bertenaga dan benar-benar melambangkan identiti Ray-Ban. 

Visi kreativiti Ray-Ban dan ekspresi diri yang bebas terpampang nyata pada lembaran visual kempen. Memang perihal tersebut menjadi mesej tersembunyi Ray-Ban di dalam kempen kaca mata terbaru. Fokus kepada keperibadian dan karakter itulah yang Ray-Ban ingin tekankan dan tentunya tergambar jelas paa pesona kempen, termasuklah kempen video.

KOLEKSI KACA MATA BARU RAY-BAN

 

1 of 5

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut