ADAKAH HATI AIN EDRUCE HANYA UNTUK MILLER KHAN?
Adriansyah sedar perubahan wajah Melissa selepas dia menerima panggilan daripada ibunya. Mereka berpisah lima tahun lalu kerana hubungan mereka tidak mendapat restu sang ibu. Ardiansyah patuh dengan perintah ibunya tetapi dia mengambil keputusan menjauh ke Jakarta. Selepas berpisah dengan ayahnya, ibu Adriansyah kembali pulang ke Malaysia.
Bagi Melissa, dia menyesal berlembut hati menerima undangan Ardiansyah. Panggilan telefon ibu elaki itu seolah-olah isyarat atau peringatan pada dirinya. Melissa tidak mahu terluka buat kali kedua. Dia tidak lagi melayan panggilan Ardiansyah. Sehinggalah Ardiansyah terpaksa menunggunya di luar bangunan. Mereka bersemuka dan Melissa berkeras undur diri.
Sesuatu bakal menemui anda pada bermula 9 April ini di Pavilion, Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh Blu Inc Media Sdn Bhd. Seiring dengan itu, enam majalah Bahasa Melayu di bawah naungan Blu Inc Media iaitu, EH! Cosmopolitan, Glam Malaysia, Glam Lelaki, Glam Deko dan Majalah Jelita mempersembahkan drama mini khas yang menampilkan gandingan hebat Miller Khan dan Ain Edruce. Mini siri ini mempunyai empat episod semuanya. Nantikan episod dua Inspirasi Cinta tidak lama lagi.
Tonton video penuh Episod 3 Inspirasi Cinta : Aku Untuk Kamu. Untuk kesemua episod, sila layari www.inspirasi-cinta.com.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 April 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APAKAH ADA ‘KALI KEDUA’ UNTUK MILLER KHAN DAN AIN EDRUCE?
Pertemuan kedua menyusul dan mereka begitu mesra sehinggalah Ardiansyah menerima panggilan daripada ibunya.
MAMPUKAH CINTA AGUNG MILLER KHAN & AIN EDRUCE MELAWAN TAKDIR?
Bisakah cinta menongkah takdir? Dan adakah cinta antara mereka bakal berputik semula?
ROMANTIKA MILLER KHAN & AIN EDRUCE
Jejak dan jarak cuba memisahkan, mungkinkah masih ada rasa yang tersimpan?