GROOMING BELAKANG PENTAS DIOR SUMMER 2022
Saya fikir Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup adalah individu dalam dunia solekan paling sibuk dengan kerja-kerja belakang pentas ketika ini. Selepas sibuk di pementasan Dior cruise di Greece, dia juga sibuk di pertunjukan himpunan lelaki di Fendi dan terbaru tentunya mengolah idea grooming untuk pertunjukan koleksi musim panas Dior 2022.
Fokus utama Peter Philips di pertunjukan kali ini ialah mencipta wajah yang berseri-seri dan pastinya untuk lelaki mestilah perlu nampak semula jadi. Demi merealisasikan visi wajah imaginasinya, Peter memberi perhatian kepada langkah-langkah penyedian kulit (skin prep) agar kompleksi wajah bukan sahaja nampak natural malah segar dan sihat.

Peter memulakan sentuhan kali ini dengan menyapu beberapa produk dari rangkaian Dior Capture Total yang dimulai dengan Super Potent Serum dan disempurnakan dengan olesan Firming and Wrinkle-Correcting Cream dan disudahi dengan krim mata, Super Potent Eye Serum. Langkah-langkah ini mungkin ada yang anggap remeh tapi percayalah ini adalah kunci untuk mendapatkan solekan yang segar dan semula jadi.
Artikel Berkaitan: THE WEEKND JUGA BERSOLEK, INI PRODUK YANG DIA GUNAKAN

Peter Philips memberi sentuhan akhir sebelum pementasan bermula.
Untuk mencipta kanvas wajah yang lebih sekata, Peter memilih untuk menggunakan Dior Backstage Face & Body Primer 001 Universal yang mana primer ini punya formula yang boleh menaikkan seri kulit. Kemudian diikuti dengan sapuan rata Dior Backstage Face & Body Foundation. Peter mengunci asas solekan dengan Dior Backstage Face & Body Powder-No-Powder.
Dalam riasan wajah lelaki, saya percaya kuncinya adalah mencipta kening yang sharp. Orang kata dari mata turun ke hati, jadi untuk lelaki bahagian mata yang boleh dibega-bega tentulah kening. Peter menggunakan Diorshow Kabuki Brow Styler untuk menonjolkan kening model-model yang melintasi pentas peragaan. Untuk bibir pula Peter menggunakan Rouge Dior Satin Balm 000 Diornatural.

Himpunan yang mendapat sentuhan Kim Jones itu mengetengahkan inspirasi gaya Amerika khususnya Texas yang mana ia merupakan destinasi sulung Christian Dior sewaktu dia ke Amerika pada tahun 1947. Tambah menarik, untuk himpunan ini Kim Jones memilih untuk berkolaborasi dengan penyanyi rap kelahiran Texas, Travis Scott.

Foto: Olivier Rose for Christian Dior Parfums
Artikel Berkaitan: Meninjau Solekan Backstage Dior Cruise 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026
Kehadiran selebriti Thailand di Paris Fashion Week menunjukkan pengaruh budaya pop Asia Tenggara semakin penting dalam dunia fesyen.
7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026
Trend kasut lelaki musim bunga 2026 memberi fokus kepada keselesaan dan gaya daripada kanvas klasik hingga slip-on anyaman.
LANGKAH UNTUK KEKAL RAPI & KEMAS UNTUK LELAKI DI PAGI RAYA
Elak potong rambut last minute! Ini tip lengkap lelaki untuk kekal segak rapi, dari grooming hingga gaya busana di pagi Raya.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.
DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026
Dior Jett, siluet baharu antara warisan dan kemodenan. Beg musim baharu yang patut dimiliki. Terdapat dua rekaan sebagai pilihan peribadi.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025
5 pengarah kreatif ini mendominasi perbualan fesyen 2025 dari debut koleksi fenomenal hingga hala tuju baharu untuk rumah fesyen legenda.











