Versace baru-baru ini melancarkan kempen kaca mata dengan menampilkan pelakon tampan, Luke Evans sebagai wajah rasmi. Rangkaian baru ini mendasari inspirasi Versace dalam merayakan signatur jenama tersebut. Motif Greek Key dan Medusa turut ditampilkan pada ciptaan kaca mata musim ini.

Jurugambar terkenal Mert & Marcus dipertanggungjawab merakam aura aktor hebat ini menyarung kempen cermin mata Grecamania 2019 ini. Model-model sleek yang diketengahkan adalah antaranya model pilot klasik dan stail moden visor.

Jom kita saksikan aksi Luke Evans menggayakan cermin mata Versace ini menerusi video rasmi kempen ini.