LI YIFENG & MARTIN GARRIX X ARMANI EXCHANGE FALL 2017
Jenama pakaian terkemuka, Armani Exchange mengumumkan dua wajah eksklusif untuk kempen musim luruh 2017 mereka, iaitu pelakon China Li YiFeng serta DJ muda lagi berbakat Martin Garrix. Jenama dari Itali tersebut memilih mereka berdua atas indikasi yang sama iaitu – modern voice and a metropolitan spirit. Kempen yang sudah pun bermula ini melihatkan gabungan duo ini bekerjasama dengan jurugambar terkenal Sabine Villard untuk kempen editorial yang menyaksikan Li dan Martin menyarung variasi busana dari kemeja peluh hinggalah jaket bomber.

Selain itu, model Cara Delevigne juga turut terlibat sama dalam kempen ini. Jelas Giorgio Armani dalam satu kenyataannya, “Saya inginkan tiga wajah yang mampu mengembalikan semangat A | X dengan cara yang tidak konvensional. Mereka bertiga nyata berbeza, kreatif dan bebas dalam menyerlahkan ekspersi mereka dan pada masa yang sama diselebungi gaya Armani. Martin Garrix mampu menghasilkan magik melalui muziknya, dan Li adalah wajah dengan kepelbagaian bakat dan mampu mempengaruhi pasaran”.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Julai 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.










