TIP KETIKA IMIGRASI KERJA
Dalam soal kerjaya, kita mungkin tiada pilihan untuk menerima apa saja polisi mahupun syarat yang telah ditandatangani, termasuk perpindahan lokasi bekerja. Namun, ada juga daripada di kalangan kita yang terbuka untuk berpindah. Dalam soal migrasi kerja, ia mungkin susah bagi sesetengah orang yang khuatir tentang budaya dan bahasa yang berlainan, berjauhan dari keluarga dan tanah air, serta perbezaan kos sara hidup yang mungkin lebih tinggi. Bagi sesetengah orang pula, peluang bekerja di luar negeri adalah satu impian yang dikejarkan. Antara negara yang menjadi tarikan untuk mencari kerja adalah Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Jepun.

Bahkan faktor pendapatan yang lebih tinggi di negara-negara maju ini membuatkan ramai tertarik untuk bekerja di luar negeri. Namun, imigrasi kerja ke luar negeri adalah satu peluang dan pengalaman yang besar untuk menimba ilmu dan kerja. Ia sama seperti mempelajari segalanya mengenai negara yang anda bekerja seperti budaya, bahasa, undang-undang tempatan dan banyak lagi. Peluang bekerja di luar negara sebenarnya luas namun berjaya atau tidak ia bergantung pada kredibiliti yang ada pada diri anda dalam melakukan pekerjaan tersebut. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. GL kongsikan sedikit tip untuk bekerja di luar negara.
1. FASIH PELBAGAI BAHASA
Petah berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan paling utama tentunya bahasa Inggeris adalah satu kemestian. Lebih-lebih lagi dia akan menjadi medium perantaraan yang digunakan secara meluas dalam dunia pekerjaan, jadi adalah satu kewajipan untuk menguasai bahasa tersebut. Dan jika anda bercadang mahu menimba pengalaman bekerja di negara yang tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, kuasailah bahasa ibunda mereka seperti Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya.
2. TERBUKA TERIMA PERBEZAAN BUDAYA
Lengkapkan diri untuk menerima perbezaan budaya di negara hijrah anda. Soal perbezaan budaya dan gaya hidup pasti wujud dan ia memerlukan masa untuk anda terima dan fahami. Soal kejutan budaya mungkin ada, usah terikut-ikut dengan gaya hidup mereka jika cara mereka tidak memberikan sebarang kebaikan. Kekalkan jati diri, anda hanya perlu memahami dan tidak semestinya menjalani gaya hidup yang sama jika ia bertentangan dengan budaya juga agama kita.

3. LENGKAPI DIRI DENGAN SKIL KERJAYA
Namun, tidak salah mencuba nasib mencari peluang pekerjaan bumi asing. Tetapi lengkapi diri dahulu dengan kemahiran untuk pekerjaan yang anda idamkan. Menimba pengalaman dalam negara sedikit sebanyak akan membantu sebagai persediaan di sana nanti.
4. KERAP HUBUNGI EJEN
Dengan berhubung rapat dengan ejen pekerjaan di luar negara membolehkan anda updatedengan kerja kosong di negara pilihan dan sepadan serta memudahkan kategori kerja yang anda cari. Ejen pekerjaan akan memudahkan dan mempercepatkan proses anda mencari kerja di luar negara.
5. KEMAS KINI RESUME
Sebaiknya, timba pengalaman bekerja dalam negara terlebih dahulu supaya resume anda lebih meyakinkan untuk anda di ambil bekerja di syarikat di luar negeri. Setelah itu, kemas kini dengan lebih rapi resume anda dengan segala pengalaman yang anda telah lakukan sewaktu pekerjaan anda di dalam negara agar syarikat yang anda inginkan pekerjaan tersebut dengan tangan terbuka menerima anda sebagai pekerja tetap dengan lebih mudah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Julai 2017 (Sumber: EH)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











