DOMINASI SNEAKERBOOTS MANIA OLEH TIMBERLAND
Pada musim luruh ini, Timberland memberi inspirasi kepada penggemar but untuk terus bergerak! Bila anda memilih sepasang but, kehidupan aktif pasti menjadi pilihan anda. Sempena kejayaan koleksi pertama , Timberland kini kembali bersama koleksi sneakerboots yang lebih energetic, dan mempunyai teknologi atletik terbaik diadun dengan butiran kraf dan kulit premium untuk gaya hidup aktif di mana jua anda berada.

Penggemar kasut Timberland menjalani kehidupan berdasarkan Modern Trail, dan Timberland tahu bagaimana gaya hidup outdoor lifestyler sentiasa perlu bersedia untuk kembara harian mereka. Merangkumi hati sepasang but dan jiwa sepasang sneakers, But Kulit Flyroam dicipta dengan sistem tenaga Aerocore™ yang baru, oleh itu, but ini lebih ringan dan lebih cepat. Kini, anda tidak perlu mengorbankan prestasi untuk penampilan baik apabila anda memilih but inovatif ini. Berjalan dengan bergaya dan rock n ‘roll dari siang hari sehingga malam.

Koleksi ini menggabungkan gaya dan fungsi dengan pelbagai pilihan kasut yang ditawarkan oleh Timberland. Oleh itu, Killington Sneakerboots adalah pilihan hibrid lain serta bukan penghalang untuk anda menjalani aktiviti harian. Dibuat dengan tiga lapisan sistem keselesaan SensorFlex™ ia memberikan sokongan pada tapak kaki, suspensi bebas dan lebih fleksibiliti, but ini membolehkan anda untuk mengalami keselesaan yang berganda di mana-mana permukaan sahaja. Bermakna anda boleh pergi mendaki bukit Broga di waktu pagi, menikmati secawan teh bersama rakan di waktu tengah hari, dan akhiri hari anda dengan makan malam bersama klien berpenampilan segak bergaya.


Mencerminkan tona warna dan gaya yang lembut sempena musim luruh, koleksi sneakerboots terbaru Timberland menyediakan pelbagai pilihan untuk anda serta mempunyai rasa yang berlainan. Tidak kira jika anda berpakaian dengan jaket kulit klasik atau dipakai bersahaja dengan tee asas, anda masih kelihatan segak dan rasa terbaik dalam pengembaraan harian anda.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Julai 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.










