KJ VS MATEEN, SIAPA BAKAL MENGUNGGULI?
Esok bersamaan 22 ogos 2017, perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur bakal diadakan apabila pasukan Malaysia dijadualkan akan menentang pasukan Brunei di Taman Ekuestrian Putrajaya. Apa yang menariknya, pertembungan epik ini menyaksikan pasukan Malaysia terdiri dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menentang pasukan kerabat diraja dari Brunei yang diketuai Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah. Persoalannya kini, siapakah yang bakal mengungguli?

Berdasarkan sumber dari Astro Awani, Pengurus pasukan Malaysia, Mohamad Zekri Ibrahim melahirkan rasa bangga kerana Khairy menyertai pasukan itu. Ini ditambah pula dengan kehebatan Khairy sebagai seorang pemain polo pemain polo yang berpengalaman.


Namun jangan dipandang rendang akan pasukan dari Brunei. Seperti yang diketahui ramai, Pangiran Muda Abdul Mateen sememangnya seorang yang sangat aktif bersukan dan terkenal dengan ketangkasannya bermain sukan polo dan sudah didedahkan dengan sukan itu sejak kecil lagi. Manakan tidak, kekandanya juga, Azemah Ni’matul adalah antara dua pemain polo wanita handalan untuk acara ekuestrian polo.


Persoalannya kini, siapa yang bakal menggungguli dan anda di team mana? Semuanya bakal terjawab esok! All the best!
Berikut adalah senarai barisan enam pemain utama polo Malaysia dan Brunei.
Pasukan Polo Malaysia:
1. Khairy Jamaluddin
2. Shaik Reismann Mohamed Ismail
3. Muhammad Faizal Abu Bakar
4. Abdul Rashid Hasnan
5. Amran Selamat
6. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman
7. Mohd Zulhelmi Nadzar
Pasukan Polo Brunei:
1. Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah
2. Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah
3. Pangiran Muda Bahar Bolkiah
4. Pangiran Muda Abdul Qawi
5. Huzaimi Haji Mahari
6. Mohamad Huzaimi Husin
Sumber: ASTRO Gempak
Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











