10 FAKTA TENTANG ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat pada usia 89 tahun pada jam kira-kira 2:30 petang semalam di Istana Anak Bukit. Jenazah almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar, pada jam empat petang hari ini. Oleh itu, GL mengumpulkan beberapa fakta menarik tentang Almarhum baginda yang menarik perhatian kami.


(Sumber foto: BERNAMA (2016)
1. Almarhum Tuanku Abdul Halim dilahirkan pada 28 November 1927 dan menaiki takhta sebagai Sultan Kedah selepas kemangkatan ayahandanya Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1958/59.
2. Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
3. Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi. Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah pada tahun 1955. Almarhum juga turut meninggalkan Tuanku Sultanah Hajah Haminah serta dua anakandanya YTM Tunku Soraya, dan YTM Tunku Dato’ Seri Diraja Puteri Intan Safinaz.

4. Baginda yang merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Inggeris Bagan Serai, seterusnya menyambung pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Seri Paduka kemudiannya menyambung pelajaran di Kolej Wadham, Oxford, London dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.
5. Baginda dikenali dek amat mencintai alam semula jadi dan sentiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.
6. Tuanku Abdul Halim turut berminat memelihara haiwan seperti burung, kuda dan rusa di Istana Anak Bukit, malah mempunyai zoo mini di dalam istananya.
7. Baginda adalah seorang yang mempunyai minat mendalam terhadap sukan golf, tenis dan biliard. Malah baginda sendiri pernah dinobatkan johan Pertandingan Golf Piala Bapa Malaysia pada 1987. (Sumber: Utusan Melayu (M).

8. Baginda juga berkemahiran dalam melakukan sendiri kerja-kerja hiasan dalaman di kediaman baginda telah dijadikan rutin harian bagi mengisi masa lapang sekiranya tidak terikat dengan aktiviti rasmi dan sosial.
9. Baginda juga dikenali sebagai salah seorang sultan berjiwa rakyat dan amat menepati masa. Baginda terkenal dengan sikapnya yang tidak suka membuarkan orang menunggu.

(Sumber foto: ASTRO Awani)
Al-fatihah. Semoga roh baginda dicucuri rahmat.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











