5 TRIK LEBIH ‘BERSINAR’ DI TEMPAT KERJA
Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah berputus asa untuk mendapat jawatan tertinggi dalam sesebuah organisasi. Tidak kiralah industri yang bagaimana, corak persaingan itu pasti ada. Kualiti kerja yang bagus, disiplin diri yang tinggi serta rasa tanggungjawab dalam melakukan tugas yang diberi merupakan kunci utama dalam menjadikan anda sebagai seorang pekerja yang cemerlang sekali gus menaikkan profil kerjaya anda ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, ada juga di antara kita yang masih berusaha mencari jalan yang betul supaya dapat bersama-sama memegang jawatan yang lebih baik. Ikuti tip dari GL untuk anda lebih bersinar di tempat kerja anda.

1. LAKUKAN YANG TERBAIK
Walau apa jenis tugasan yang diberikan, terima dengan rasa tanggungjawab yang besar. Besar kemungkinan, dari situlah pihak atasan menilai tahap kredibiliti anda dalam sebuah organisasi. Tidak kiralah jenis tugasan yang besar ataupun kecil, rasa tanggungjawab itu harus ada dan buatlah dengan bersungguh-sungguh. Terapkan dalam minda: bekerja untuk memperbaiki diri dan mencari pengalaman, bukan sekadar makan gaji. Tidak logik untuk mengharapkan ganjaran maksima dengan usaha minima.
2. CARI PELUANG
Gunakan peluang yang ada untuk mempelajari sesuatu benda yang baru. Teroka pengalaman yang baru yang boleh menjadikan anda lebih baik. Tidak semestinya jika anda hanya menyandang satu jawatan, anda tidak boleh membuat jenis kerja yang berbeza, bukan? Mana tahu, sifat proaktif mencuba tugasan lain mungkin akan membuka pintu ke peluang yang tidak dijangka ataupun mampu mempengaruhi keputusan majikan dalam pengedaran bonus hujung tahun.
3. JANGAN MENUNGGU
Jangan sesekali menunggu kerja dari ketua anda. Sebaiknya, andalah yang harus meminta kerja dari mereka untuk menunjukkan betapa anda berminat dan bersungguh-sungguh membantu dan mencurahkan idea dalam sesebuah organisasi itu. Jika anda sentiasa mengamalkan sikap sebegini, sudah pasti ketua anda dapat melihat potensi cemerlang diri anda! Juga, apabila dalam mesyuarat atau diskusi, beranikan diri berkongsi pendapat. Usah risau pendapat anda bernas mahupun tidak. Dalam usaha untuk mempertonjolkan diri di tempat kerja, lebih baik bersuara daripada berdiam. Jangan menanti saat untuk disoal baru mahu bersuara. Namun, perlu juga ingat – walk your talk. Jangan sekadar cakap kosong sahaja. Follow through dengan usaha.

4. GAGAL? PERKARA BIASA
Ramai di antara kita yang takut untuk melakukan kesilapan. Bagi mereka, kesilapan itu adalah satu kegagalan. Tidak! Kesilapan itu adalah proses untuk menjadi lebih baik, dan kegagalan itu adalah kunci sebuah kejayaan. Anda harus ingat, jika anda takut untuk membuat kesilapan, bermakna anda takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Jangan terhadkan diri anda hanya pada satu zon sahaja. CuBa pelbagai perkara, rasai semua pengalaman.
5. KATAKAN ‘BOLEH’
Pastikan anda sentiasa positif dalam setiap perkara yang anda lakukan. Minda positif akan menjadikan anda seorang yang berkaliber dan orang ramai mudah bergaul dengan anda. Jika ada mesyuarat mahupun kerja berkumpulan, sentiasa aktif dalam memberi idea tidak kisahlah besar ataupun kecil. Ini membantu anda untuk mendapatkan kepercayaan rakan-rakan kerja anda dan sekali gus memupuk nilai bekerjasama dalam kumpulan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?










