MILIKI ALBUM SENDIRI, IMPIAN FAZURA AKHIRNYA JADI KENYATAAN
Berlakon sudah, mempunyai rangkaian pakaian sendiri pun sudah malah mempunyai program realiti sendiri, kini Fazura melangkah setapak lagi dengan melancarkan album pertamanya baru-baru ini. Majlis pelancaran yang berlangsung penuh gilang gemilang di Hotel One World itu turut menyaksikan Fazura dilantik sebagai duta Produk Sahajidah Hai-O Marketing. Paling membanggakan, self-titled albumnya itu juga telah terjual sebanyak 5,000 unit sejak berada di pasaran pada 23 Oktober lalu. Kejayaan itu melayakkan Faz menerima anugerah emas daripada syarikat rakaman naungannya, Universal Music. Hebat!

Malah, kami di GLAM Lelaki merasakan sudah jelas peningkatan pada vokal Fazura sewaktu beliau mendendangkan lagu Bangun sewaktu pelancaran albumnya semalam. Fazura juga dilihat sebak sewaktu mendendangkan lagu tersebut, mungkin dirinya sendiri tidak menyangka impian untuk memiliki album dengan namanya sendiri tertunai. Turut dipertontonkan buat pertama kali ada muzik video untuk lagu Inggerisnya, Only God Knows.


Buat yang mencari album perdana Fazura ini, anda boleh dapatkannya menerusi laman web Lazada dan XOX. Anda juga boleh muat turun dan dapatkan secara streaming di semua platform muzik digital. Congrats again to the one and only, forever gorgeous Fazura!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 November 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











