DOMINASI TELEFON PINTAR WIKO KINI BERMULA
Baru-baru ini, Wiko, jenama telefon pintar Android dari Perancis telah melancarkan siri terbaru mereka dengan paparan skrin luas dengan nisbah paparan 18:9 iaitu Wiko View dan juga Wiko View Prime. Kedua-dua model ini secara tepatnya mensasarkan kepada golongan mereka yang suka bergambar atau berswafoto dengan kualiti gambar terbaik. Sewaktu majlis pelancarannya, jelas Danny Chan, Pengarah Jualan Wiko Mobile Malaysia, “View dan View Prime adalah produk dengan contoh teknologi terkini yang menawarkan reka bentuk yang teliti pada harga yang berpatutan”.

Antara fungsi jelas telefon bimbit ini adalah kepakarannya dalam merakam swafoto di mana ia mencipta gambar dengan penjelasan maksimum menggunakan 16MP kamera hadapan, walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya. Dengan aperture lensa f/2.0 dan lensa 5P dengan flash merakam gambar dengan lebih tajam dan jelas.

Terdapat dua model siri Wiko View yang ditawarkan iaitu Wiko View dan Wiko View Prime. Wiko View menawarkan paparan 5.7-inci 720p, kamera utama 13MP, kamera hadapan 16MP, dengan cip pemprosesan Snapdragon 425 serta 3GB RAM. Kapasiti storan tersedia pula adalah 32 GB yang boleh ditambah menerusi kad SD-Mikro. Wiko View Prime pula menawarkan spesifikasi paparan sama namun hadir dengan fungsi selfie dwi-kamera di bahagian hadapan dengan sensor 20MP dan juga 8MP. Kamera utamanya pula mempunyai sensor 16 MP.


Selain itu, perbezaan ketara yang ditawarkan oleh Wiko ini adalah cip Snapdragon 430 1.4GHz lapan-teras dengan 4GB RAM serta kapasiti storan yang lebih besar iaitu 64GB yang boleh ditambah sehingga 128GB menerusi penggunaan kad Mikro-SD. Hebat bukan! Kedua-dua telefon pintar ini sudah mula dijual di seluruh Malaysia, dengan harga RM 899 untuk Wiko View dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Gold, Deep Bleen dan Cherry Red, manakala Wiko Prime pula ditawarkan pada harga RM1,199 dengan dua pilihan warna.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 November 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
TESLA ROADSTER, KERETA TERBANG BUKAN LAGI FIKSYEN
Tesla Roadster mencuri perhatian dengan teknologi canggih dan potensi kereta terbang yang bakal mengubah masa depan automotif.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.










