Skip to content

STREETWEAR MEET BIKER, GAYA IKONIK LEBRON JAMES KINI JADI IKUTAN

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak mengenali bintang profesional NBA dari kelab Cavaliers, Cleveland LeBron James yang kini memasuki musim terbaiknya tahun ini. Namun, sejak kebelakangan ini bukan prestasinya mengundang perhatian awam, namun penampilan dirinya di khalayak ramai menjadi bualan. Yang pasti, atlet yang lahir pada bulan ini setidak-tidaknya telah menggayakan sesuatu yang ‘tidak biasa’.

(Photo credit: lifestyle.kompas.com)

LeBron didapati memadankan pakaian serba hitam, dengan sneakers yang berganti-ganti warna dalam tempoh seminggu. Lebih menariknya, LeBron memilih gaya streewear dengan hoodie hitam, topi serta seluar panjang hitam, dan seterusnya dikenakan dengan gaya biker iaitu jaket kulit, lantas menjadikan gaya streetwear meet biker LeBron menjadi ikutan dan seterusnya menjadi trend fesyen buat penghujung tahun ini, apatah lagi ia disarung oleh seorang yang bertaraf superstar. 

Tambahan pula, stail peribadinya itu diungkap sendiri oleh tuan punya badan melalui posting di Instagramnya yang bertarikh 22 November, dengan kepsyen, “Seen in my own zone for as long as u can remember and I’m here to stay for quite awhile. Hopefully you enjoy it cause I am”.

Malah LeBron dilihat mengenakan gaya streetwear-meet-biker ini saat tiba di stadium menjelang pertandingan. Yang pasti, apa yang dipakai LeBron ini membuktikan bahawa kombinasi berpakaian haruslah kena dengan keadaan asalkan ianya selesa. Dan siapa menyangka, hoodie, sneakers Nike, topi, dan jaket kulit menjadi satu kombinasi yang menjadi. Ya, setidaknya bagi LeBron James.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Disember 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut