TIEMPO X KOLEKSI KHAS SEMPENA PERSARAAN RONALDINHO
Bintang bola sepak Brazil baru-baru ini mengumumkan persaraannya dari arena sukan bola sepak dunia. Walaupun berita itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan, dalam menghargai jasa dan sumbangannya selama 20 tahun, jenama pakaian sukan gergasi Nike secara eksklusifnya menghasilkan dua boots sukan, TiempoX khas bagi memperingati legenda Brazil ini.


Model TiempoX Finale 10Rs akan hadir dengan warna ‘Porto Alegre’ dan ‘Paris’ sebagai rujukan untuk dua kelab yang pernah beliau wakili, Gremio FC serta Paris Saint-Germain. Yang menariknya, kelihatan barisan tulisan pada lidah kasut ini dengan ayat ‘Saya bermain bola sepak dengan muzik di dalam minda’ dalam bahasa negara untuk setiap model.




Lukisan ‘shaka hand’ turut dicetak pada bahagian dalam kasut sebagai tribute kepada keraian unik Ronaldinho selepas menghasilkan gol. Kasut ini sudah boleh dibeli di laman Nike dan mungkin sudah berada di butik Nike terpilih seluruh dunia dengan harga pasaran USD95 (+-RM370). Dapatkannya hari ini guys!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Februari 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.










