SOLIDARITI DALAM BERFESYEN. KE MANA HALA TUJUNYA?
Dunia kini seakan tidak pernah sunyi dengan masalah berbangkit menyentuh soal-soal kemanusiaan. Seperti gangguan seksual, ketidakadilan tempat kerja, perkauman, ketidaksamaan jantina, kemusnahan alam sekitar dan politik yang dilihat semakin meruncing dari hari ke hari. Dek peningkatan isu-isu ini, turut mendapat perhatian global adalah di mana fesyen turut digunakan sebagai salah satu medium solidariti dalam mengangkat isu-isu ini agar terus didengari dan diberikan perhatian. Tetapi, bukankah sebelum ini fesyen acap kali dikaitkan dengan kemewahan, gaya, liburan dan keseronokkan semata.

Raury, seorang penyanyi dan model menggunakan pentas runaway sebagai tanda memprotes kepada salah satu jenama fesyen antarabangsa dengan hashtag “GIVE ME FREEDOM,” and “I AM NOT YOUR SCAPEGOAT” (Kredit foto: Time.com)

Bercakap tentang solidariti dalam berfesyen, masih segar dalam ingatan penulis Anugerah Golden Globes ke-75 yang membuka tirai awards season di Hollywood tahun ini di mana rata-rata semua seleberiti big names hadir menyarung busana berwarna hitam dalam menunjukkan sokongan kepada wanita yang menjadi objek serangan seksusal serta memuaskan nafsu selepas skandal mogul filem terkenal, Harvey Weinstein terbongkar. Seakan satu gerakan baru yang diasaskan oleh wanita-wanita berkuasa di Hollywood diberi nama Time’s Up, gerakan ini menjulang tanda protes mereka, hadir dengan stail dan gaya tersendiri.
Namun wajarkah fesyen digunakan sebagai medium untuk membantah? Kami berpendapat, why not! Kami sendiri percaya, fashion is for everyone. Apatah lagi fesyen ibarat sekutu yang boleh dipercayai malah ia lebih terbuka kepada orang ramai untuk menunjukkan tanda kepercayaan, pemberontakan, sokongan tanpa perlu bersusah payah. Besides, you can have fun with it.

Busana hitam disarung Ansel Elgort, Dave Franco, Timotee Chalamet dan Zac Efron sebagai tanda protes kepada isu wanita dijadikan objek seks di Hollywood ketika Anuegrah Golden Globes baru-baru ini.

Selain itu, GL juga meyakini bahawa setiap orang berhak untuk berfesyen. Fesyen masa kini sudah dilihat menjadi ‘nadi’ dalam mendukung identiti dan keperibadian seseorang, lantas tindakan ini secara tidak langsung menjurus kepada aktivisme, iaitu tindakan mempergunakan item pakaian bagi mendapatkan ‘publisiti’ efektif dalam menyuarakan sesuatu isu. So, what’s better than this kind of act, right?
Ini turut disokong oleh Vogue, di mana mereka mengesahkan industri fesyen kini bernilah lebih dari $2 trilion dan sekaligus mempunyai kesan besar terhadap norma kehidupan, ekonomi, komuniti dan alam sekitar. Namun, persoalannya kini, cukupkah sekadar bergaya sakan menunjukkan tanda protes atau membangkang tanpa mempedulikan masej yang benar-benar ingin disampaikan? Atas sebab itu, perpaduan serta kesamaan menjadi tunjang kepada medium ini untuk berjaya.

(Foto kredit: www.notjustalabel.com)
Dengan masej yang benar-benar jelas, penyatuan golongan-golongan terlibat seperti selebriti termasuk bantuan sosial media yang semakin berkembang, solidariti dalam berfesyen bukan lagi dikira satu tanggungjawab, ia juga bisa jadi satu trend fesyen popular kelak, apatah lagi di pentas-pentas peragaan..percayalah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Februari 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!










