TIBA MASANYA ANDA UNTUK MEMASANG PHILIPS HUE DI KEDIAMAN ANDA!
Philips Hue, produk dari Philips yang inovatif dan moden. Keunggulan Philips Hue adalah manfaatnya dalam mencipta atmosfera di rumah dan mempengaruhi suasana buat penghuninya. Dengan Philips Hue, anda boleh mengubah pencahayaan menerusi pengalaman terbaik. Pencahayaan rumah yang saling berhubung menawarkan kemungkinan tanpa batas untuk anda bermain dengan warna, keseragaman cahaya dengan TV, gaming, audio dan filem untuk menghasilkan efek yang lebih dramatis.


“Terdapat banyak perbincangan tentang Smart Home dan hari ini kami menunjukkan bahawa dengan sistem pencahayaan tanpa wayar peribadi ini, anda mampu menyalakan pencahayaan rumah anda dengan lebih bijak. Fikirkan Philips Hue sebagai langkah pertama ke arah masa depan anda” kata Alston Foo , Ketua Saluran Pengguna untuk Signify di Singapura dan Malaysia. Philips Hue diperkenalkan pada 2012 dan mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2017.

(Kiri ke kanan) Esmond Tsang, Ketua Pemasaran untuk Signify di ASEAN dan Alston Foo, Kepala Saluran Konsumen untuk Signify di Singapura / Malaysia
Sejak pengenalan Philips Hue di pasaran, pengguna telah menyoroti cahaya berkualiti tinggi, pemasa yang boleh diprogramkan serta mengawal pencahayaan mereka dari luar rumah. Keupayaan untuk mengsetkan tetapan cahaya peribadi serta memperibadikan dan menguruskan pencahayaan dengan sentuhan butang dari peranti mudah alih (telefon pintar) juga merupakan sebahagian daripada aplikasi kegemaran pengguna Hue. Yang pasti ia membantu anda untuk lebih bertenaga, meningkatkan konsentrasi, kala membaca dan bersantai bersama keluarga.

Pek pemulaan termasuk tiga mentol putih dan warna yang boleh diskru pada lampu sedia ada, dan sebuah bridge yang dipasangkan ke Wi-Fi rumah anda. Philips Hue dijual dengan harga RM849 dan boleh didapati di Lazada, peruncit Philips, kedai Apple & IT utama serta kedai berkonsep pelbagai gajet. Untuk maklumat lanjut mengenai Philips Hue, lawati meethue.com/en-my.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Ogos 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?










