Raikan Hari Wanita Sedunia 2019 bersama Blu Inc!
Ayuh bersama kami meraikan acara Blu Inc: Celebrating Women di mana lagu berjiwakan ‘femme power’ yang baru berjudul Istimewa akan dipersembahkan secara langsung oleh Dayang Nurfaizah. Blu Inc juga akan menayangkan video muzik Istimewa di layar skrin besar bertempat di Pavilion Kuala Lumpur semasa acara itu berlangsung. Pejuang dan penyokong anti keganasan rumah tangga, Neelambika, akan membacakan petikan daripada bukunya ‘Taking Charge of My Life’, yang menceritakan pengalaman beliau pernah didera dan bagaimana dia berjaya mengatasi situasi berkenaan. Di samping itu, pengunjung acara ini akan menikmati gerai pop-up oleh jenama terkenal; L’Oréal Paris berdekatan Acme Bar & Coffee, di mana mereka boleh mendapatkan riasan ringkas.
Kami juga akan mengadakan tayangan perdana filem Captain Marvel @ GSC Pavilion selepas pelancaran untuk tetamu jemputan. Oleh itu, jika anda dan rakan-rakan anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada acara ini, sila hantarkan entri kepada promotions@bluinc.com.mysebelum 5 Mac! Tempat duduk adalah terhad jadi pastikan anda menghantar entri anda hari ini! Hanya pembaca terpilih akan dimaklumkan.
Blu Inc Media, yang terdiri daripada EH, Cosmopolitan, Cleo, Her World, Female, Jelita, The Malaysian Women’s Weekly, Shape, GLAM, GLAM Lelaki, Harper’s Bazaar, Nuyou, Icon, The Peak, GLAM Deko dan Home & Décor memulakan usaha bersepadu ini sempena meraikan Hari Wanita Sedunia 2019. Sambutan yang meriah ini juga akan memperlihatkan pameran kata-kata inspirasi oleh wanita-wanita yang terkenal di sekitar kawasan Pavilion Kuala Lumpur antara 1 sehingga 15 Mac.
Jangan lepaskan peluang merakam shoefie atau swafoto bersama petikan yang tertera bersama hashtag #BluIncIWD2019 serta #TahanLasak untuk memperkukuhkan pendirian anda bagi kaum wanita, dan kongsikan petikan anda dengan kami!
Ayuh, lantangkan suara wanita anda!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI X KAHF, SINERGI MASKULIN ALAF BARU BERSAMA LANGKAWI INTERNATIONAL HALF MARATHON
Sinergi eksklusif GLAM Lelaki x Kahf membongkar kisah penubuhan Langkawi International Half Marathon (LIHM) melalui tayangan eksklusif filem dokumentari A Dream Path #JalanYangKuPilih. Dunia gaya hidup maskulin hari ini bukan sekadar tentang penampilan luaran yang kemas semata-mata. Ia sebenarnya sebuah refleksi kepada disiplin, kekuatan mental, dan semangat komuniti yang jitu. Jenama penjagaan diri lelaki terkemuka,…
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Teroka 5 item kolaborasi Piala Dunia FIFA 2026 terbaik pilihan GLAM Lelaki. Dari Loewe ke adidas, miliki gaya 'Blokecore' ini sekarang!
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
5 jenama kasut ini menjadi pilihan kebanyakan peminat fesyen masa kini. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi. Paksi fesyen lelaki hari ini tidak lagi terikat pada satu kod tegar. Kotak stereotaip memisahkan kasut formal dan gaya jalanan kini runtuh sepenuhnya. Lelaki moden mula menuntut sesuatu yang lebih hibrid dan versatil. Mereka mahukan…
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
PRADA SS27, MENENTANG ‘USELESS DESIGN’
Prada SS27 menentang ‘useless design’ menerusi koleksi 'Clarity'. Saksikan bagaimana Jaehyun NCT & Troye Sivan menghidupkan visi minimalis.
FRED PERRY LANCAR KOLEKSI TENIS 2026 DI KUALA LUMPUR
Sukan bertemu gaya jalanan premium. Terokai reka bentuk moden dan warisan gelanggang dalam Koleksi Tenis Fred Perry 2026 terbaharu.











