INOVASI PEMBERSIH VAKUM ROBOTIK NEATSVOR OLEH A&S YANG MENGAGUMKAN!
Penyedut hampagas sudah menjadi peralatan elektronik wajib ada dalam setiap isi rumah. Berikutan dengan permintaan tinggi, sebuah inovasi yang diterajui oleh Neatsvor dan A&S, sebuah jenama yang terkenal dengan produk kelengkapan rumah memperkenalkan rangakaian Pembersih Vakum Robotik Neatsvor yang boleh melakukan kerja-kerja seperti menyedut, menyapu dan membersihkan lantai. Dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.

YC Ng, Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn. Bhd, Malaysia.
“Kami berbangga kerana diberi kesempatan untuk memperkenalkan A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor selepas kejayaannya di China dan beberapa negara lain. Kami percaya bahawa A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor akan menyenangkan kerja-kerja di rumah,” kata YC Ng, Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn. Bhd, Malaysia.

Bintang dari Taiwan, Mark Siwat.

Antara barisan influencer yang turut hadir memeriahkan acara pelancaran.
A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, yang dilancarkan baru-bari, datang dalam dua model; A & S oleh Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot dan A & S oleh Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum. Kedua-duanya adalah pembersih vakum robot pelbagai fungsi yang sangat berkesan.
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatic, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.

A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390
Sementara itu, A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.

A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500
A&S juga akan melancarkan A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100, yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord.


Manakala, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany S100 boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus bagi menyeimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Seberat 1.42 kg, ia dilengkapi penapisan mesin HEPA keseluruhan dan sedutan yang kuat, lebih kurang 20,000 Pa. untuk membersihkan di mana sahaja.


Diskaun Hebat Pada Hari A&S
Sempena Hari A&S pada 29 Julai 2019, pelanggan A&S berhak mendapat diskaun sehingga 70% apabila mereka membeli pembersih vakum A&S. Selain pembersih vakum, pelanggan juga akan menikmati pengurangan hebat pada pembelian mesin basuh dan bar bunyi. Harga bermula serendah RM99 dan A&S menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan yang membeli bar bunyi. Tawaran Mega Jenama A&S akan berlangsung dari 12 petang hingga 2 petang pada 29 Julai. Jadi, jangan lepaskan peluang!
Diskaun Hebat Pada Hari A&S
| Produk | Harga biasa | Hari A&S |
| A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 | RM1,799 | RM829 |
| A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 | RM1,299 | RM629 |
| A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord A100 | RM799 | RM279 |
Untuk maklumat lebih lanjut, layari kedai A&S di Lazada ataupun ikuti https://www.facebook.com/AandS.Disty/
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
THE BODY SHOP RAI ULANG TAHUN GLOBAL KE-50 DENGAN SUMBANGAN
The Body Shop meraikan ulang tahun global mereka yang ke-50 tahun ini dengan menegaskan semula kepercayaan mereka terhadap sumbangan.
DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR
GLAM Lelaki tertarik dengan kandungan yang dikongsikan Danial Haziq melalui Instagram dan TikTok-nya. Ketahui serba sedikit mengenai Danial Haziq yang kini antara pencipta kandungan di Malaysia yang meraih perhatian.
5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Tabiat grooming yang betul boleh menaikkan aura gaya anda secara drastik. 5 cara mudah untuk kelihatan lebih mahal tanpa perlu boros.











