Skip to content

HUAWAI NOVA 5T TAWAR TELEFON PINTAR DENGAN 5 KAMERA AI

Kongsikan artikel ini

Huawei baru baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Nova 5T yang bertempat di Plenary Hall KLCC. Menawarkan reka bentuk menawan serta tawaran 5 kamera, Nova 5T adalah cukup sesuai buat mereka yang inginkan satu peranti yang mampu untuk lakukan semua – menangkap gambar yang cantik, lancar ketika bermain permainan tanpa sebarang gangguan serta melakukan kerja harian.

Menawarkan lima kamera kecerdasan buatan (AI), kameranya mampu menghasilkan gambar yang jelas walaupun berada di persekitaran yang kurang pencahayaan, kamera 48MP Quad AI di belakang dan kamera depan swafoto 32MP untuk mengambil gambar yang jelas dalam julat cahaya rendah.

HUAWEI nova 5T ini menawarkan versi EMUI 9.1, memiliki set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia, menggunakan set chip terunggul HUAWEI sendiri iaitu Kirin 980 yang dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM dan 128GB ROM yang terdiri dari teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1.

Ketika pelancaran, turut menampilkan Azira Shafinaz, Mark O’dea dan Pinda Panda menerangkan secara terperinci penggunaan telefon pintar ini dari segi kamera, kerja harian dan pengalaman gaming. 

Untuk bateri pula, bateri berkapasiti 3750mAh ditawarkan bersama teknologi 22.5W SuperCharge yang pengecasan sehingga 50% dalam masa yang singkat iaitu sepantas30 minit sahaja. Pra tempahan akan dibuka bermula 29 Ogos 2019 hingga 5 September ini pada harga RM1599 sahaja dengan jaminan selama 1 tahun.

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut