MADE IN BESUT, RAW DENIM JEANS KEKALKAN NILAI ARTISAN DALAM PEMBUATAN DENIM
Berbicara tentang jeans mahupun denim, manakan bisa untuk dipisahkan terutama sekali dari kaum lelaki. Lelaki masa kini sekurang-kurangnya mempunyai 4/5 helai seluar denim di dalam gerobok pakaian mereka. Walaupun banyak jenama denim antarabangsa yang memonopoli pasaran seperti Calvin Klein, Levis, Diesel dan lain-lain namun kini terdapat jenama denim tempatan yang dipimpin oleh anak tempatan.
Raw Denim House (RDH), pembuat jeans tempahan khas tempatan telah menggegar dunia fesyen antarabangsa dan tanah air sejak diasaskan pada 2012. Dalam hanya tempoh tujuh tahun, RDH bermula sebagai perkhidmatan pengubahsuaian jeans dan kemudian berkembang maju menjadi perniagaan tempahan khas serba lengkap yang mempunyai pelanggan antarabangsa.

Berpangkalan di Besut, Terengganu, RDH mengambil berat tentang produknya dengan perhatian teliti diberikan kepada setiap perincian sebagai penghormatan kepada identiti dan warisannya. Lambang ‘cakar ayam’ sebagai tanda jenama di poket belakang jeans mencerminkan mitos tempatan yang menceritakan bagaimana Besut menjadi satu daerah di negeri Terengganu, seiring dengan usaha berterusan untuk mengekalkan identiti asal yang menerapkan falsafah hidup anak-anak kelahiran Besut dalam hasil karya tempahan khas mereka.

“Saya memang berminat tentang jeans lebih-lebih lagi aspek artisan dalam pembuatan jeans. Kami memberi tumpuan mengekalkan keaslian mencipta jeans dengan menggunakan mesin klasik dari tahun 1940-an. Kami melihat usaha ini sebagai satu bentuk seni di mana setiap hasil kerja yang kami cipta adalah unik dan lain daripada yang lain dan kami mahu mengekalkan nilai artisan dalam pembuatan jeans,” ujar Ahmad Safuan Nizam Kamarudin, pengasas RDH yang baru-baru ini menerima ‘Anugerah Tokoh OKU Negeri Terengganu’ dari Sultan of Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena perayaan Maal Hijrah.
Program ini membantu usahawan mikro dan kecil membina dan mengembangkan perniagaan mereka ke fasa pertumbuhan seterusnya dan mengukuhkan perniagaan tersebut menerusi pelaburan dalam sistem, alat pemasaran dan kemudahan lain yang diperlukan mengikut keperluan setiap perniagaan. Perusahaan tempatan yang terpilih akan terlibat dalam proses bimbingan tempoh kerjasam selama enam bulan hingga satu tahun di bawah ILTIZAM EMP.

Jeans tempahan khas RDH dijual pada harga RM450 dan ke atas dan tempahan boleh dibuat menerusi laman Facebook, Instagram, talian mudah alih 013-580 5351 atau di studio RDH di Lot 373, Aras 2, Jalan Dato’ Haji Hussin, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu.
Dalam pada itu, ILTIZAM juga mengalu-alukan usahawan Bumiputera yang bertekad mahu mengembangkan perniagaan mereka dan menyertai ILTIZAM EMP. Pemohon yang berminat boleh memohon untuk menyertai program menerusi e-mel di csr@ekuinas.com.my.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.











