NOSTALGIA 70-AN PAUL SMITH
Paul Smith tidak melupakan gelora manisnya sewaktu melawat Soho di New York City sekitar era 70-an. Momen indah yang dialaminya ketika itu mencorakkan ilham dan nada moden melalui rekaan Paul Smith Musim Bunga/Panas 2020. Glam Lelaki ke Minggu Fesyen Paris pada Jun lalu untuk menghadiri pementasan Paul Smith bertempat di Downtown Paris.
Paul Smith mengutip ilham yang mengakali kepelbagaian melalui rekaan baru, yang membangkitkan bermacam-macam antisipasi. Angka 2020 mencetuskan pelbagai ramalan trend fesyen, namun Paul Smith ‘menyalin’ kreativiti gaya yang cukup berpengaruh sekitar era 70-an. Siluet dan potongan yang menjadi perhitungan trend ketika itu ‘dipinjam’ Paul Smith untuk koleksi terbaharu. Melalui pementasan musim bunga/panas 2020, palet warna pastel seperti dusty pink, caramel serta kombinasi warna elektrik digayakan semula. Malah menjadi satu kepuasan buat Paul Smith yang bijak bereksperimen.



Memasuki tahun 2020, Paul Smith merencanakan ekspresi fesyen yang baru lalu menyerlahkan sentuhan kreativiti. Sesuatu yang signifikan buat Paul Smith -tidak gentar dalam perihal fesyen. Butiran-butiran yang memaut dalam himpunan musim ini secara spesifiknya mengulang trend dan penggayaan komuniti kreatif yang berlegar di jalanan dan galeri seni di SoHo suatu ketika dahulu. Bayangkan canda gaya yang pernah digayakan oleh pelukis ikonik seperti Andy Warhol dan Robert Rauschenberg sewaktu mereka sedang mengerjakan seni.
Fesyen komuniti art scene yang hangat ketika itu diterjemahkan secara radikal dan ekspresif pada perincian-perincian musim ini. Aturan gaya yang terangkum, memberi gambaran idea untuk bergaya, sama ada go very bold atau go neutral. Konstruksi sut terarah formal yang ditawarkan, menonjolkan rekaan blazer besar, dengan seluar bersiluet longgar sehingga hujung kaki (relaxed cut), seraya dengan rekaan sepatu warna elektrik.
Lapel pada jaket turut berganda saiznya membuahkan satu inspirasi nan segar. Nyata membangkitkan mood 70-an dan sedikit biasan 80-an.
DUSTY PINK


Himpunan musim bunga/panas 2020 memberi fokus yang utama kepada warna. Warnalah yang menguasai sepenuhnya senario fesyen Paul Smith musim ini. Canda warna pastel, terutamanya dusty pink merupakan titik fokal. Pun begitu, semuanya hadir dalam identiti tersendiri dan terancang sempurna pemakaiannya.
Rekaan Paul Smith musim bunga kali ini lebih ekstrem, menjanjikan kelainan dan tidak terlalu terikat dengan stail beberapa musim lepas yakni atheleisure. It’s time to move on. Warna-warna pop yang kental pada rekaan aksesori seperti sepatu dan beg menjadi statement utama dalam aturan gaya tertentu.
Mengupas budaya selebriti dan trend gaya hidup masa kini
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OLD ARCHIVES, NEW ATTITUDE: ACNE STUDIOS X HUSSEIN CHALAYAN
Acne Studios x Hussein Chalayan mengolah arkib fesyen dengan sentuhan eksperimental, siluet unik dan kreativiti yang mencuri perhatian.
SENTUHAN COUTURE, GAYA HARIAN: ELIE SAAB X H&M
Elie Saab x H&M menggabungkan sentuhan couture dengan gaya harian menerusi rekaan elegan, potongan moden dan perincian yang memikat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
HUDSON WILLIAMS X BVLGARI, WAJAH BAHARU, STATUS BERBEZA
Hudson Williams bergandingan dengan Bvlgari, membawa gaya lelaki moden, sentuhan mewah dan pengaruh baharu dalam dunia fesyen antarabangsa.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT
Kenali 5 model lelaki yang sentiasa mencuri perhatian menerusi wajah menawan, gaya tersendiri dan karisma yang menyerlah dalam dunia fesyen.











