Skip to content

ASICS NOVABLAST™ PERKUKUH PRESTASI LARIAN

Kongsikan artikel ini

Rutin maraton, berlari dan berjoging menjadi aktiviti kegemaran ramai dalam memperkasa postur tubuh dan kesihatan, namun pemilihan kasut menjadi aspek paling penting agar setiap larian dapat memberikan impak positif. Memperkenalkan NOVABLAST, kasut larian terkini dari jenama ASICS. Dengan reka bentuk yang unik seiring prestasi ASICS, NOVABLAST™ menawarkan elemen energetik dalam menyuntik dos sihat dalam kehidupan seharian.

Ringan dan responsif, kedua elemen ini menjadikan NOVABLAST™ unggul buat pelari kerana kasut ini mengambil inspirasi daripada trampolin, membolehkan pelari untuk mencari rentak mereka kala melakukan setiap langkahan. Midsole Blast FLYTEFOAM™ yang baru turut menjadikan kasut ini lembut namun tetap responsif di bawah kaki. Walaupun hanya seberat kira-kira 275g (M) dan 225g (W), reka bentuk midsole NOVABLAST™ menjanjikan pelari pengalaman larian bertenaga untuk prestasi yang unggul.

Fabrik yang digunakan di atas kasut ini pula menyediakan aliran udara yang sangat baik untuk pergerakan yang sejuk dan nyaman. Bukan semata direka untuk keselesaan tersendiri, namun ia juga teguh, disokong tanpa sebarang overlay yang dijahit mahupun ditampal. Sole NOVABLAST ™ pula menggunakan AHARPLUS™ yang menawarkan ketahanan hakisan dan geseran menjanjikan imbangan dan larian lebih baik.

Bermula pada harga jualan RM529, The NOVABLAST™ kini tersedia untuk lelaki mahupun wanita menerusi butik ASICS, kedai atas talian dan stor pakar larian bermula 27 Februari 2020. Layari ASICS NOVABLAST dan www.ASICS.com untuk informasi lanjut.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut
SANDALS

10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024

Bacaan Lanjut
Skechers KLFW 2024

TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut