STAIL DEKAD BARU
KOMPILASI LOOK MUSIM BUNGA/PANAS 2020 NYATA MEMBUKA MINDA KAMI, LANTARAN ITU MEMBUAHKAN SATU INSPIRASI DALAM PADA MENYINGGAHI STAIL DEKAD BARU. YAKNI FOKUS PADA SILUET RELAKS. GAYA YANG BERSIFAT LEBIH VERSATIL. NAMUN BERKONSTRUKSI TEGUH. TAKE A LOOK.
- TRANSISI FLORAL

SEMUANYA DARIPADA GIVENCHY, KACA MATA: GUCCI, AKSESORI LEHER: PRADA
Corak floral biasa berubah gaya, daripada helaian atas kepada seluar panjang kargo yang disaksikan mencetus fenomena baru atas pentas musim bunga 2020. Dilengkapi aspek praktikal yakni komponen poket yang versatil, memberi ruang kepada lelaki masa kini untuk menyatukan praktikaliti dan aspek fesyen. Garapan gaya pengembara moden nyata kelihatan, nilai fesyen yang mengunci keras identiti jenama Givenchy menegapkan artisan fesyen lelaki yang baru. The new smart luxury is here.
2. TAILORED SATIN

SUT & KEMEJA SATIN: DIOR MEN, AKSESORI LEHER: PRADA, SUBANG: GIVENCHY
Kim Jones merangkap Pengarah Kreatif Dior Men mengubah siluet klasik dan tak berwaktu kepada nada gaya kontemporari dengan menggunakan fabrik satin. Siluet bernada lembut, longgar dan warna pastel ditindih dengan aspek sofistikated bertunjangkan fabrik satin. Biasan klasik terlihat serta elemen edgy juga berpaut. Sut klasik diperbaharui dan menghidupkan konsep ultra-moden terhadap penggayaan lelaki masa kini.
3. THE JACKET

JAKET KULIT: ERMENEGILDO ZEGNA XXX, PIN BAJU: PRADA, SUBANG: GIVENCHY
Jaket kulit ini ada biasan gaya retro. Warna jaket yang menonjolkan kontras, disempurnakan dengan reka bentuk yang teguh, namun cukup ringan pabila menyarungnya. Pemilihan warna terang kelihatan seperti pemakainya berani bereksperimen gaya. Usah tertumpu pada jaket kulit warna hitam sahaja. Cuba sesuatu yang baru. Padankan dengan helaian lain untuk menyuntik elemen berani pada penampilan.
4. STRUKTUR INOVATIF

BAJU PANAS & SELUAR PENDEK BOXY: BOTTEGA VENETA, TALI PINGGANG: DIOR MEN, SUBANG: GIVENCHY
Bottega Veneta mencampurkan identiti uniseks dalam keseluruhan himpunan musim bunga/panas 2020. Stail yang tiada batasan. Lelaki atau perempuan bisa mengadaptasi gaya ini. Look tersebut disaingi stail ringkas yang ada rencah eklektik, ada sentuhan moden dan provokatif yang tersemat. Baju panas ini menampilkan struktur inovatif melalui reka bentuk serta ‘cut out’ pada bahagian bawah lengan, memastikan karakter si pemakainya terserlah. Estetika kesukanan masih dirayakan, elemen prestasi turut dipamerkan.
5. BLOK WARNA

KEMEJA KAPAS & SELUAR: PRADA, BEG MINI: GIVENCHY, SUBANG: GIVENCHY
Colour blocking kembali? Maybe! Prada bercanda retrospeksi retro dan stail klasik dengan himpunan kemeja oversized yang digabung padan dengan warna-warna pop serta ‘clean lines’. Turut mengetengahkan elemen seni yang tinggi dengan butiran-butiran seperti ilustrasi seni, yang mana ada terlihat aspek kontemporari. Bagai melangkah masuk ke dalam galeri seni kontemporari yang sarat dengan rekaan berani. Juga menyisip sekali kreativiti dan sentuhan ‘avant garde’ pada perinciannya.
Mengupas budaya selebriti dan trend gaya hidup masa kini
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
HUDSON WILLIAMS X BVLGARI, WAJAH BAHARU, STATUS BERBEZA
Hudson Williams bergandingan dengan Bvlgari, membawa gaya lelaki moden, sentuhan mewah dan pengaruh baharu dalam dunia fesyen antarabangsa.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT
Kenali 5 model lelaki yang sentiasa mencuri perhatian menerusi wajah menawan, gaya tersendiri dan karisma yang menyerlah dalam dunia fesyen.
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
REKAAN LOKAL, GAYA GLOBAL: JENAMA BAG TO CHECK OUT
Cari beg tempatan yang bergaya? Kenali 5 jenama bag Malaysia dengan rekaan unik dan moden yang wajib masuk dalam senarai anda.











