INTI PATI HEBAT SERUM WHITENING DARI KOSÉ
Kulit mudah kusam dan rosak dek pencemaran serta pemanasan global yang terjadi, sekali gus menghakis impian anda untuk memiliki kulit wajah yang sihat, berseri dan cerah. Namun, kini anda tidak perlu risau lagi! KOSÉ kini hadir dengan serum pencerahan hasil dari uji kaji berpandukan penyelidikan dan teknologi bersama Kurume University School of Medicine, iaitu One By Kosé.
Faedahnya, One By Kosé terbukti secara klinikal mampu menghapuskan bintik hitam dari sumbernya dengan menggunakan empat bahan yang kuat dan unik, bertindak secara langsung di kawasan dalam kulit yang menghasilkan pigmentasi. Antara bahan yang tersenarai adalah:
- Ekstrak Quince China – menyekat pengaktifan melanocyte dengan melemahkan isyarat untuk mencipta melanin, mencegah sel epidermis daripada menerima jumlah melanin yang banyak.
- Resveratrol – Antioksidan yang berkesan meminimumkan pengeluaran melanin dengan mengurangkan tahap tyrosinase dalam kulit, sekali gus menyusutkan bintik hitam dan mengurangkan tahap melanin.
- Ekstrak Meshimakobu – Sejenis kulat yang terbukti berkesan pada bintik gelap dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala di Jepun. Mengurangkan tyrosinase dan menghalang pematangan melanosomes, mencegah pengeluaran jenis empat melanosomes secara berlebihan.
- Asid Kojik – Ejen pencerahan yang boleh dipercayai selama 32 tahun sehingga sekarang. Berkesan pada melanosits secara langsung dengan menangkap ion tembaga yang mengaktifkan tyrosinase dan berkesan menghalang pengeluaran melanin yang berlebihan.
Yang pasti, serum ini sesuai untuk semua jenis kulit, dengan hasil yang cepat serta nyata selepas penggunaan dan semestinya mampu mencegah pigmentasi yang tidak diingini. Satu botol 40ml One By Kosé boleh didapati pada harga RM208.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI BERKONGSI TIPS MEMILIH SELUAR DALAM YANG BAIK UNTUK KAUM LELAKI
Memilih seluar dalam yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga berkait rapat dengan keselesaan, kesihatan, dan keyakinan diri lelaki.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
GROOMING 101: TIPS RAPI BULU HIDUNG
Lelaki bergaya bukan sekadar tahu menyarungkan pakaian berjenama. Adakala “penampilan tidak diundang" - bulu hidung bisa mencalar imej.
TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Menjelang Aidilfitri, persiapan rapi bukan sahaja melibatkan pakaian baharu dan juadah, tetapi juga grooming diri yang kemas dan segar.
4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA
Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang boleh membahayakan sperma. Ketahui tiga lagi tabiat yang mempunyai pengaruh serupa.
8 JENAMA SKRUB TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Eksfoliasi adalah wira dalam rejimen penjagaan kulit. Ia membersih, memperbaiki tekstur kulit, membuka liang pori dan menghilangkan kotoran