BRUNELLO CUCINELLI MEN’S SPRING-SUMMER 2020 COLLECTION
Brunello Cucinelli, jenama fesyen mewah Itali untuk pakaian moden aksesori lelaki dan wanita di Eropah, Amerika Utara dan Asia Timur. Segah nama dan pengasasnya itu, Brunello Cucinelli baru-baru ini memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2020 yang mewakili standard pemakaian moden, mengetengahkan keseimbangan antara stail dan keselesaan.
Dalam era moden yang menyaksikan keperluan baharu dalam etika pemakaian, menyaksikan tafsiran inovatif pakaian sehari telah dibentuk, berfungsi sebagai penanda aras yang sahih dan simbol kebebasan, perbezaan dan keselesaan. Jahitan formaliti kini menawarkan rupa kontemporari yang merangkumi mutu serta kualiti kala berpakaian.
Atas itu, jenama Brunello Cucinelli memperkasa lima elemen dalam koleksi terbaharunya yakni memberikan ilham baru pemakaian buat lelaki di luar sana.
1. Warna
Penegasan varian warna menyelit kesegaran dan inovasi dalam setiap item, menyerlahkan nuansa musim panas yang lembut, menjelaskan rupa dengan gaya tarikan kontemporari. Seleksi warna yang meriah serta halus dari rona merah ceri, rubi dan tomato kepada medlar cerah dan jingga. Butiran dan sisipan menambah elemen yang berwarna-warni ke pakaian luar (outerwear), pakaian kembara (travelwear) dan aksesori, mewujudkan keharmonian moden.
2. Kombinasi
Kombinasi yang berhati-hati hadir dalam bentuk fabrik, bentuk dan perincian, dengan simbiosis yang dipertingkatkan menerusi material ringan mampu mencipta gaya yang sesuai dengan aktiviti seharian. Saiz terletak elok di badan lantas menawarkan keselesaan buat seleksi baju peluh (sweatshirt), terutama sekali trousers. Bentuk santai untuk pemakaian non-formal pula diseimbangkan dengan garis jahitan, menghiasi tubuh sang jejaka dengan cekatan di badan dan aksen di bahu.
3. Material
Ringan, sifat utama paling diperlukan untuk setiap material yang digunakan. Lalu, setiap material dilangsir untuk koleksi ini dipertingkat dengan garmen tidak berstruktur beserta ketukangan berkualiti. Gentian semula jadi dan tekstur organik memberikan rasa asli. Bahan-bahan baru lagi teknikal memperluaskan jajaran pakaian dengan item lebih versatil dan lebih ringan.
4. Knitwear
Dihiasi dengan warna-warna musim panas yang cerah dan segar, benang baju rajutan adalah duta buat warna yang asli. Baju peluh didatangkan dengan warna solid dihiasi garisan dengan perincian kontra. Bebenang kapas yang sejuk, bebenang linen dan malfilé menawarkan rasa semula jadi yang menyenangkan kepada tekstur baju serta jahitan polos.
5. Aksesori
Aksesori adalah elemen asas dalam menentukan gaya kontemporari; maka kasut memainkan peranan untuk membentuk stail. Sama ada gaya British atau kasut sukan, ia direka mengikut pencarian dalam keseimbangan dan keselesaan untuk gaya hidup moden yang sibuk.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NICK SYAF, KOREOGRAFER BERTUKAR ‘INFLUENCER’
Nick Syaf selalu pamerkan stail-stail yang menakjubkan di media sosial. We love it! Tentang stail pula, Nick berpesan untuk beranilah mengekspersikan gaya.
@YUNGYASIR
Siapakah @yungyasir? Anak muda ini menyimbolkan identiti Gen Z yang sebenar. Experimental dalam fesyen antara sifatnya. @yungyasir is the new face to watch.
ADIQ RAHMAN, RUJUKAN FESYEN TERBAHARU
Adiq Rahman pernah menghiasi halaman editorial fesyen bertaraf antarabangsa. Adiq turut mempamerkan gaya 'off-duty' yang sangat mengagumkan, layaknya dijadikan rujukan fesyen.
LEVI’S®X POKEMON, GEMILANG 25 TAHUN KARAKTER IKONIK POKEMON
Animasi ikonik, Pokemon menjadi 'tamu' baharu Levi's dalam merayakan himpunan musim bunga 2021. Bertujuan merai penglibatan 25 tahun Pokemon yang gemilang.
JOSH O’CONNOR, WAJAH FESYEN TERHANGAT MASA KINI
Variasi stail karpet merah Josh O'Connor mencetus fenomena tersendiri. Manakan tidak, Josh merupakan wajah fesyen semasa yang semakin mendapat perhatian.
Ronaldo Masih Berpeluang Untuk Kembali Ke Real Madrid
Menururt Zinedine Zidane, beliau masih membuka laluan kepada Cristiano Ronaldo untuk kembali ke Real Madrid dan mengakui bahawa hal ini tidak mustahil.