COVID-19: MULIANYA HATI, RONALDO BENARKAN HOTELNYA JADI HOSPITAL SEMENTARA
Mulianya hatimu! Cristiano Ronaldo membuktikan keprihatinan dan kemurahan hatinya apabila menjadikan hotel miliknya di Portugal sebagai hospital sementara bagi membantu pesakit yang dijangkiti COVID-19. Tidak cukup dengan itu, bintang sensasi Juventus itu juga membayar bil pesakit selain perbelanjaan doktor serta jururawat sekali gus membantu mengurangkan kos perkhidmatan kesihatan negara itu.

Ronaldo memiliki hotel bertaraf empat bintang yang diberi nama Pestana CR7 Hotel dengan bayaran penginapan £165 (RM775.50) semalam di Funchal dan £195 (RM916.50) semalam di bandar raya Lisbon sebagai sebahagian daripada jenama CR7 miliknya.

Berdasarkan laporan surat khabar Sepanyol, Marca, usaha Ronaldo ini bagi membantu dunia memerangi pandemik COVIC-19 dengan semua kemudahan itu diberikan percuma kepada pesakit yang dijangkiti virus itu.
Penyerang berusia 35 tahun itu sebelum ini menjalani kuarantin minggu lalu selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani disahkan positif dijangkiti virus itu dengan 1,500 orang sudah meninggal dunia di Itali.
Ronaldo menjalani kuarantin di Madeira sekali gus membolehkannya dekat dengan ibunya, Dolores Aveira yang sedang menjalani pemulihan akibat strok. Pihak berkuasa di Madeira mengesahkan Ronaldo tidak dijangkiti virus itu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".











