KEPULANGAN SANG LEGENDA DIGITAL
Hamilton memproduksi kembali arloji monumental, Hamilton Pulsar yang diperkasa dengan teknologi terkini. Jam digital legenda ini dibentangkan dalam dua versi, satunya edisi terhad sepuhan emas kuning juga hadir dalam keluli tahan karat.
Tahun ini menandakan setengah abad penciptaan arloji digital pertama garapan Hamilton. Terus, rumah arloji berpunya genesis susuk rekaan Amerika ini memperkasakan jam tangan ikoniknya yakni Hamilton Pulsar. Tanggal 6 Mei 1970, Hamilton merungkai salah satu momen terpenting dalam sejarah lapangan arloji sedunia. Pada sidang media yang mengambil lokasi di restoran The Four Seasons di New York City, Hamilton mengungkapkan kepada dunia jam tangan digital elektronik pertama. Menamakannya Pulsar bersempena bintang neutron yang memancarkan sinaran radiasinya pada frekuensi berketepatan ultra-tinggi. Penciptaan ini bak satu fiksyen sains, tanpa bahagian yang bergelangsar. Langsung, tidak punya bunyi berdetik lalu dicipta berdaya ketahanan serta ketepatan yang tidak dapat ditandingi.
Orang ramai memperoleh gambaran perdana prototaip Pulsar menerusi program TV, The Tonight Show yang dihoskan oleh Johnny Carson. Johnny memaparkan fungsinya yang unik dengan menolak tombol butang pada sisi jam tangan lalu terpampang angka LED merah pada skrin jam yang gelap. Di samping itu, Johnny menekan butang yang sama dengan lebih lama bagi mendedahkan fitur kitaran detik. Hamilton Pulsar yang pertama, P1, hanya memasuki pasaran pada tahun 1972. Bersusuk rekaan case avant-garde bergaya kusyen dan bertali gelang emas kuning 18 karat. Penciptaan ini nyata membias satu produk elit dengan harga 2,100 dolar. Elvis Presley adalah antara pemuja yang merangkul jam tangan ini yang hanya diproduksi sebanyak 400 utas kala itu.
Dengan mempertahankan siluet utama jam tangan dari dekad 1970-an ini, terbaru Hamilton menampilkan Hamilton PSR yang hadir dalam dua versi yang bisa dipilih. Sama ada, bersusuk keluli tahan karat atau dalam versi sepuhan emas kuning edisi terhad 1970 utas. Keduanya tampil retro sekali gus futuristik dengan dimensi 40.8mm x 34.7mm dan berkebolehan kalis air sehingga 100m. Salah satu perbezaan dengan versi terdahulu adalah ciri penampilan waktunya. Kali ini, Hamilton PSR diolah dengan paparan hibrid dengan gabungan tampilan LCD yang reflektif berserta kuasa pancaran Organic Light Emiting Diodes (OLED). Sentuhan retro dikekalkan dengan tombol butang di sisi bagi menyalakan lampu merah OLED sebagai penunjuk angka dalam gaya digit dot. Sementara itu, tampilan LCD menunjukkan waktu digital terus-menerus, tanpa backlight. Kedua versi Hamilton PSR ini bakal menemui pasaran Mei ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED
Selain masyhur dengan wajah tampan dan bakat lakonan, Brad Pitt juga terkenal dengan cita rasa halusnya pada jam tangan mewah.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.
MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER
OMEGA terus mengorbitkan misi Apollo 8 yang ikonik dengan memperkenalkan jam tangan Dark Side of the Moon terbaharu dalam misi horologi ke langit angkasa.
FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Baru-baru ini, TMJ telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Dengan berikutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mempunyai keperibadian yang berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Baginda juga yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap…