Skip to content

Mempersembahkan… KARLBOX!

Kongsikan artikel ini
teks: Abdul Aziz Draim
karlbox_frontal_view_slider1

Karlbox, kolaborasi Faber-Castell bersama pereka tersohor, Karl Lagerfeld

Siapa tidak kenal dengan nama Faber-Castell? Kita membesar dengan pensel warna jenama ini sewaktu di sekolah rendah dulu. Juga meletakkan masa depan kita pada kekuatan pensel 2B ikonik  berwarna hijau semasa menghadapi kertas objektif peperiksaan penting. Malah, pereka tersohor Karl Lagerfeld turut membesar dengan jenama ini.

“Semenjak zaman kecil saya di Jerman, Faber-Castell merupakan jenama sangat terkenal, dikenali kerana kualitinya yang baik,” kata pereka fesyen terkemuka ini. “Reputasi itu kekal hingga ke hari ini, terutamanya koleksi pensel artisnya.”

Sebagai insan kreatif, Karl Lagerfeld amat bergantung pada alatulis dan kertas untuk melakar idea-ideanya, baik untuk fesyen dan reka bentuk mahupun untuk penulisan. Sepanjang kerjayanya, untuk setiap gerakan pensel dan calitan pastel, pereka Chanel ini menggunakan produk Faber-Castell untuk berkarya.

“Yang saya rasa menarik semasa melukis ialah hakikat melukis itu sendiri,” Karl berkongsi. “Bagi saya, melukis itu ibarat bernafas dan menulis. Perkara-perkara itu membuat saya relaks.”

Tidak hairanlah ikon dunia fesyen ini kini berkolaborasi dengan jenama alatulis ulung tersebut untuk mencipta satu produk yang bakal tersenarai dalam ‘Wish List’ semua fashionisto dan insan seni serata dunia.

Kotak Ajaib

Bulan ini, Faber-Castell bersama Karl Lagerfeld melancarkan KARLBOX, satu koleksi peralatan seni edisi terhad yang cukup eksklusif – cuma 2,500 unit sahaja dijual seluruh dunia!

Umpama peti harta karun seorang artis, set agung ini merangkumi 350 produk premium keperluan si pelukis. Lebih istimewa, segalanya disimpan di dalam kotak kayu bic yang direka oleh Karl Lagerfeld. Bagaikan halwa mata, warna-warna telah disusun mengikut warna asas dan warna sekunder, beralih daripada tona lembut hingga ke rona terang dan pekat. Malah, setiap warna telah dipilih oleh Herr Lagerfeld sendiri, mencipta satu sinergi antara dunia fesyen, seni dan reka bentuk.

It’s one sexy product! Tak percaya? Tontoni video rasmi produk istimewa ini:

Tidak ketinggalan, produk kegemaran Karl, rangkaian pensel warna larut air Albrecht Dürer didatangkan dalam 120 warna. Sudah tentunya, setiap unit KARLBOX memegang nombor siri sendiri dan disertakan sijil pengesahan, menjadikan setiap kotak ini one-of-a-kind.

Mungkinkah anda antara pemiliknya?

KARLBOX Edisi Terhad akan mula dijual pada 15 September 2016, pada harga RM12,500 di Faber-Castell cawangan KLCC, Mid Valley City, 1 Utama, Isetan KLCC & The Gardens; di Parkson Pavilion & KLCC; juga di kedai Czip Lee Bangsar.
Klik www.faber-castell.com.my untuk maklumat lanjut.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut