JEAN-PAUL GOUDE, JURUGAMBAR RASMI KEMPEN H&M X KENZO
Teks: Putra Mokhter

Jean-Paul Goude (berbaju belang) mengarah kempen H&M X Kenzo
Siapa yang tidak mengenali figura Jean-Paul Goude? Sentuhan magis Paul dalam menghasilkan imej yang menarik tidak kira dalam dunia fesyen mahupun muzik, sentiasa memberi inspirasi pada mata yang melihat. Lebih lima dekad menghasilkan seni gambar yang menarik, kali ini Paul diberi kepercayaan untuk menjadikan kempen H&M X KENZO lebih liar dan unik!
Kempen H&M X KENZO ini dibintangi oleh barisan selebriti terkemuka serta beberapa ikon aktivis yang merupakan kunci utama dalam menjadikan kempen ini lebih menarik. Jean -Paul Goude mengimplementasi idea kreatifnya dengan bermain dengan seni cetakan untuk kempen ini. Menurut Carol Lim dan Humberto Leon, pengarah kreatif jenama mewah, KENZO, ia bagaikan satu peluang emas apabila dapat berkerjasama dengan ikon jurugambar seperti Paul.

Jean-Paul Goode di belakang tabir penggambaran kempen H&M X Kenzo
“Paul bijak bermain dengan unsur kreativitinya dan sekali gus menjadikan gambar kempen H&M X KENZO ini lebih menakjubkan. Ia seolah menterjemahkan gambaran personaliti yang kuat untuk koleksi ini dan memberi elemen positif pada seni gambar kempen ini,” ulas Carol dan Humberto, pengarah kreatif KENZO.
Koleksi ini akan dilancarkan pada 17 Oktober 2016 dan akan tiba di 250 cawangan terpilih seluruh dunia pada 3 November 2016, termasuklah pembelian secara online. Nantikannya!
Barisan selebriti juga aktivis untuk kempen H&M X KENZO:
Iman – Supermodel, activis dan pengasas IMAN Cosmetics
Rosario Dawson – Pelakon, aktivis serta pengasas Studio 189
Chance The Rapper – Artis Hip Hop
Ryuichi Sakamoto – Ahli muzik dan komposer
Chloe Sevigny – Pelakon
Suboi – Rapper
Xiuhtezcatl Martinez – Aktivis dan ketua Earth Guardians
https://www.youtube.com/watch?v=1067MpHsX-U
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.











