Mempersembahkan… KARLBOX!
teks: Abdul Aziz Draim

Karlbox, kolaborasi Faber-Castell bersama pereka tersohor, Karl Lagerfeld
Siapa tidak kenal dengan nama Faber-Castell? Kita membesar dengan pensel warna jenama ini sewaktu di sekolah rendah dulu. Juga meletakkan masa depan kita pada kekuatan pensel 2B ikonik berwarna hijau semasa menghadapi kertas objektif peperiksaan penting. Malah, pereka tersohor Karl Lagerfeld turut membesar dengan jenama ini.
“Semenjak zaman kecil saya di Jerman, Faber-Castell merupakan jenama sangat terkenal, dikenali kerana kualitinya yang baik,” kata pereka fesyen terkemuka ini. “Reputasi itu kekal hingga ke hari ini, terutamanya koleksi pensel artisnya.”
Sebagai insan kreatif, Karl Lagerfeld amat bergantung pada alatulis dan kertas untuk melakar idea-ideanya, baik untuk fesyen dan reka bentuk mahupun untuk penulisan. Sepanjang kerjayanya, untuk setiap gerakan pensel dan calitan pastel, pereka Chanel ini menggunakan produk Faber-Castell untuk berkarya.
“Yang saya rasa menarik semasa melukis ialah hakikat melukis itu sendiri,” Karl berkongsi. “Bagi saya, melukis itu ibarat bernafas dan menulis. Perkara-perkara itu membuat saya relaks.”
Tidak hairanlah ikon dunia fesyen ini kini berkolaborasi dengan jenama alatulis ulung tersebut untuk mencipta satu produk yang bakal tersenarai dalam ‘Wish List’ semua fashionisto dan insan seni serata dunia.

KARLBOX oleh Faber-Castell X Karl Lagerfeld
Rekaan KARLBOX diilhamkan daripada almari perkahwinan tradisi orang Cina

Misteri KARLBOX
Terkandung 6 laci yang boleh dikeluarkan sepenuhnya…

Kandungan KARLBOX
…yang menyimpan 350 peralatan seni termasuk pensel warna larut air Albrecht Dürer dalam 120 rona berbeza!

KARLBOX
Aksesori fesyen paling eksklusif tahun ini? Hanya 2,500 unit dijual di seluruh dunia!

Aneka Alatulis Si Artis
Pensel warna Albrecht Dürer dan Polychromos, juga pena dakwat Pitt Artist serta krayon dan pastel Pitt antara artist’s tools di dalam KARLBOX.

Sentuhan Peribadi Karl Lagerfeld
Setiap warna di dalam KARLBOX telah dipilih oleh Herr Lagerfeld sendiri

"Melukis itu ibarat bernafas..." - Karl Lagerfeld
Hasil ilustrasi Karl Lagerfeld menggunakan alatulis pewarna Faber-Castell
Kotak Ajaib
Bulan ini, Faber-Castell bersama Karl Lagerfeld melancarkan KARLBOX, satu koleksi peralatan seni edisi terhad yang cukup eksklusif – cuma 2,500 unit sahaja dijual seluruh dunia!
Umpama peti harta karun seorang artis, set agung ini merangkumi 350 produk premium keperluan si pelukis. Lebih istimewa, segalanya disimpan di dalam kotak kayu bic yang direka oleh Karl Lagerfeld. Bagaikan halwa mata, warna-warna telah disusun mengikut warna asas dan warna sekunder, beralih daripada tona lembut hingga ke rona terang dan pekat. Malah, setiap warna telah dipilih oleh Herr Lagerfeld sendiri, mencipta satu sinergi antara dunia fesyen, seni dan reka bentuk.
It’s one sexy product! Tak percaya? Tontoni video rasmi produk istimewa ini:
Tidak ketinggalan, produk kegemaran Karl, rangkaian pensel warna larut air Albrecht Dürer didatangkan dalam 120 warna. Sudah tentunya, setiap unit KARLBOX memegang nombor siri sendiri dan disertakan sijil pengesahan, menjadikan setiap kotak ini one-of-a-kind.
Mungkinkah anda antara pemiliknya?
KARLBOX Edisi Terhad akan mula dijual pada 15 September 2016, pada harga RM12,500 di Faber-Castell cawangan KLCC, Mid Valley City, 1 Utama, Isetan KLCC & The Gardens; di Parkson Pavilion & KLCC; juga di kedai Czip Lee Bangsar.
Klik www.faber-castell.com.my untuk maklumat lanjut.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.











