BOY DE CHANEL UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL FLAWLESS

Mula diperkenalkan pada tahun 2018, Boy de Chanel terus mendapat sambutan sehingga ke hari ini. Rangkaian solekan untuk lelaki ini merubah pandangan tipikal sesetengah lelaki tentang solekan, ia bukan lagi hal yang berkaitan jantina tapi ia semua bersangkut-paut dengan stail. Melihatkan aktor atau penyanyi Korea yang masih kelihatan maskulin walaupun wajah tampak jelas bersolek membuatkan persepsi tentang lelaki dan solekan sudah berubah hari ini. Jika di awal kemunculannya Boy de Chanel hanya dibarisi bedak asas cecair, salap bibir dan pensel kening, kali ini Chanel menambah empat lagi item untuk melengkapkan koleksi ini.

Belaian paling asas ialah Fortifying Moisturizing Gel yang memelihara kulit agar kekal lembap, dan seeloknya disapu rata pada kulit muka sebelum sapuan bedak asas atau sebarang alat solek. Boy De Chanel juga memperkenalkan penyamar noda atau concealer yang mana ia dibarisi lapan ton untuk disesuaikan dengan variasi ton kulit, namun untuk pasaran Malaysia mungkin hanya tiga warna boleh didapati yakni Light 20, Medium Light 30 dan Medium 40.

Menariknya, Chanel turut menambah celak mata dan pewarna kuku untuk himpunan ini. Celak atau pensel mata Boy de Chanel 3-in-1 Eye Pencil ada tiga warna pilihan yakni hitam, coklat dan navy. Untuk pewarna kuku (Le Vernis) pula ada dua pilihan yakni hitam dan natural. Item baru ini sudah boleh didapati di butik kecantikan Chanel.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ELEGAN, MASKULIN DAN ‘FRESH’: 3 HARUMAN CHANEL PILIHAN LELAKI BERKELAS
Bleu de Chanel, Allure Homme Sport Superleggera & L’Exclusif. Ketahui aroma, personaliti dan gaya pemakaian
5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025
5 pengarah kreatif ini mendominasi perbualan fesyen 2025 dari debut koleksi fenomenal hingga hala tuju baharu untuk rumah fesyen legenda.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Ketahui 7 tabiat penting yang diamalkan lelaki moden untuk hidup lebih sihat, seimbang dan penuh kesedaran diri Sempena Hari Lelaki Sedunia.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.











