Skip to content

MARCUS RASHFORD BERAKSI BUAT BURBERRY

Kongsikan artikel ini

Riccardo Tisci menjadikan Marcus Rashford sebagai ikon baru kempen Burberry kerana dia mampu mewakili bintang baru yang bijak mengatur langkah agar tercapai cita-cita dan impian.

Burberry menggabungkan insan muda berbakat besar dari bidang fesyen, seni tari juga sukan. Lalu, mewujudkan satu dunia Burberry yang pelbagai karakter.

Debut Marcus Rashford buat kempen Burberry

MARCUS RASHFORD

Marcus Rashford membawa lagak cool pemain bola sepak ke kempen Burberry

Wajah utama kempen Burberry ini merupakan pemain bola sepak buat kelab sukan Manchester United. Ini merupakan debut Rashford buat kempen fesyen. Pemilihannya adalah untuk membuktikan yang semua berhak untuk mengejar cita yang dimahukan serta dream big!

MARCUS RASHFORD

Aksi pemain kelab bola sepak Manchester United buat Burberry

Rafael Pavarotti menjadi pilihan untuk merakam momen penting kempen yang memadukan gerakan dunia sukan dan seni tari menjadi satu.

Hasilnya, ia cukup mengikut DNA Burberry yang sering mahu menggaburi batasan antara dua medium!

Kempen Burberry

Rashford juga berkongsi pentas dengan bakat muda para penari Kevin Bago, Robinson Cassarino, Chantel Foo dan Zhane Samuels.

Masing-masing menyarungkan helaian yang sarat dengan rentak klasik jenama UK ini. Ada jaket trench, jaket barn dengan kemasan kuilt permata serta jaket puffer yang menggunakan fabrik kitar semula!

Pautan berkenaan: MANCHESTER UNITED, KELAB BOLA SEPAK PALING BERNILAI

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO

Bacaan Lanjut
noah beck

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TIKTOK, NOAH BECK

Bacaan Lanjut
KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

Bacaan Lanjut
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA

RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA

Bacaan Lanjut
GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53

GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53

Bacaan Lanjut

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI ‘SOUTH KOREA NO 9’, CHO GUE-SUNG

Bacaan Lanjut