Skip to content

MANCHESTER UNITED, KELAB BOLA SEPAK PALING BERNILAI

Kongsikan artikel ini

Manchester United hari ini dinobatkan sebagai sebuah kelab paling bernilai di dunia biarpun menamatkan saingan liga di tempat keenam musim ini. Menurut sebuah kajian terbaharu oleh sebuah syarikat perkhidmatan swasta KPMG, kelab United telah mengatasi Real Madrid dan Barcelona walaupun pemilik kelab Glazer menanggung hutang hampir separuh bilion pound.

Hasil daripada analisis kumpulan perkhidmatan perniagaan KPMG, United kini memiliki nilai kira-kira £2.6 billion. Selain itu, KPMG meletakkan Manchester United sebagai kelab bola sepak dengan nilai perusahaan paling tinggi mengatasi kelab-kelab gergasi Sepanyol yang lain iaitu, Real Madrid dan Barcelona. Kajian KPMG ini melibatkan analisis nilai dari segi keuntungan, hak penyiaran, populariti, pemilikan stadium dan potensi.

(Photo: Getty Images)

Dalam senarai kelab-kelab terkaya dunia, menyaksikan skuad Liga Inggeris menguasai enam daripada sepuluh kedudukan terbaik. Berikut adalah senarai 10 teratas untuk nilai perusahaan tertinggi kelab Eropah mengikut laporan KPMG.

 Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Jun 2017 (Sumber: @malaysia1news)

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

UNDER ARMOUR MEMBANGUNKAN TOPENG MUKA TANPA JAHITAN DALAM MENGEKANG COVID-19

Bacaan Lanjut

ANGKARA COVID-19, WIMBLEDON PULA DIBATALKAN

Bacaan Lanjut

PENGHORMATAN MADAME TUSSAUDS BUAT DATUK LEE CHONG WEI

Bacaan Lanjut

SNIKER SUKAN BEBAS RISIKO TERCEDERA

Bacaan Lanjut

DASHING MENGUMUMKAN KERJASAMA RASMI SERANTAU BERSAMA JUVENTUS DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

KENALI JULIAN YEE, PELUNCUR AIS KACAK WAKILI MALAYSIA DI OLIMPIK

Bacaan Lanjut