TIP ELAK GASTRIK KETIKA BERPUASA
Bagi mereka yang sering diserang gastrik, ia pastinya satu perkara yang sering ditakutkan ketika bulan puasa. Berpuasa sebenarnya tidak mengakibatkan gastrik yang sering diperkatakan bahawa gastrik berpunca dari perut yang kosong. Namun, sebenarnya gastrik terjadi atas sebab lain yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Jadi, GLAM Lelaki kongsikan cara untuk mengelak dari diserang gastrik.

1. JANGAN BERBUKA TERLALU BERAT
Tatkala tiba waktu berbuka, sering kali kita lihat ramai yang terus mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Jika anda terbiasa dengan pengambilan nasi putih, pastikan yang kuantitinya sama dengan sayur kerana karbohidrat pada nasi akan bertukar menjadi gula dan tenaga. Jadi, sayur akan berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke hula.
2. BERBUKA SECARA RINGAN
Perut juga mempunyai sensitivitinya yang tersendiri. Mereka yang mempunyai gastrik biasanya digalakkan untuk berbuka dengan makanan ringan seperti kurma, buah-buahan dan air suam. Ini kerana sakit perut yang diserang ketika berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi cara seseorang itu makan ketika berbuka. Mereka yang menghidapi gastrik perlulah memakan sedikit demi sedikit secara berperingkat ketika berbuka supaya perut tidak mengalami kejutan.
3. ELAK PENGAMBILAN KAFEIN KETIKA BERBUKA
Sebolehnya, elak dari mengambil kopi atau teh ketika berbuka. Ini kerana kafein yang terkandung merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar gastrik di perut menjadi lebih aktif.
4. ELAK PEMAKANAN TINGGI LEMAK
Elak dari mengambil makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia sebenarnya akan mengganggu kelancaran sistem pencernaan.
5. AMBIL MAKANAN KANDUNGAN TINGGI SULFUR
Ramai yang mempercayai bahawa ketika berpuasa, perut akan lebih mudah diserang gastrik walhal ianya kurang tepat sama sekali. Ketika berpuasalah sistem penghadamaan sedang berehat. Ini bermaksud rembesan asid hidroklorik dalam perut akan berkurang. Jadi semestinya ia tidak akan menjadi masalah sakit atau senak perut. Ambil makanan seperti brokoli, kubis dan bawang putih untuk mengawal kesakitan gastrik.
6. MAKAN SECARA SEDERHANA
Jika pesakit mengadu sakit perut ketika sesudah makan, ia mungkin berpunca dari masalah ulser perut kerana lapisan mikosa yang lemah. Sebaik-baiknya, makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta berhenti makan ketika sebelum kenyang.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Jun 2017 (Sumber: EH!)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.










