HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”
Enam personaliti berbeza, satu semangat yang sama. Berprestasi tinggi tanpa kompromi. Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini yang berani bergerak pantas, fokus dan berwawasan.
Bagaimana aktiviti kecergasan membentuk disiplin dan cara anda melihat kejayaan dalam hidup dan kerjaya?
Bagi saya, sukan bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian. Ia ibarat rutin ‘pemanas badan’ sebelum memulakan hari. Saya biasanya bersukan seawal pagi, dan ia membantu menyediakan tubuh serta minda untuk menghadapi hari dengan lebih bertenaga, fokus dan bersedia. Amalan ini secara tidak langsung membentuk disiplin diri dan mengajar saya bahawa kejayaan bermula daripada konsistensi dalam perkara kecil yang dilakukan setiap hari.
Siapakah individu yang paling mempengaruhi perjalanan kecergasan anda?
Minat saya terhadap bola sepak banyak mempengaruhi perspektif saya terhadap kecergasan. Saya terinspirasi melihat pemain bola sepak yang kekal cergas walaupun pada usia 30-an dan 40-an, khususnya Cristiano Ronaldo yang masih aktif, fit dan kelihatan jauh lebih muda daripada usianya.
Selain itu, arwah ayah saya juga memainkan peranan besar dalam membentuk gaya hidup aktif saya. Sejak kecil, beliau sering membawa saya menyertai pelbagai aktiviti seperti berenang, bermain bola dan berlari. Saya percaya minat terhadap kecergasan ini banyak dipupuk melalui contoh yang ditunjukkan oleh beliau.
Mengapa anda menjadikan kecergasan sebagai terapi mental dan gaya hidup?
Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa bersukan merupakan salah satu cara paling efektif untuk melepaskan tekanan. Setiap individu mempunyai cara tersendiri. Ada yang bermain permainan video, mendengar muzik atau bermain alat muzik. Bagi saya, bersukan adalah terapi terbaik.
Apabila berlari dan berpeluh, saya merasai kelegaan dan kepuasan yang sukar digambarkan. Seolah-olah segala tekanan yang terkumpul dilepaskan sepenuhnya, membuatkan saya kembali segar dan lebih ringan untuk meneruskan aktiviti harian.
Apakah perubahan paling ketara sejak kecergasan menjadi sebahagian daripada gaya hidup anda?
Perubahan paling ketara ialah dari segi disiplin diri. Saya kini lebih teratur dalam rutin harian. Mudah bangun awal, tidur lebih awal dan konsisten dengan jadual. Hujung minggu yang dahulunya diisi dengan tidur lewat kini dimanfaatkan untuk larian jarak jauh seawal jam 4 atau 5 pagi.
Dari sudut fizikal, saya mampu mengekalkan bentuk badan hasil tahap aktiviti yang tinggi dan pembakaran kalori yang konsisten. Sebagai seorang pelari jarak jauh, stamina dan ketahanan menjadi kekuatan utama saya, membolehkan saya bertahan dalam tempoh yang panjang tanpa mudah berputus asa.
Apakah nasihat jujur untuk generasi muda yang ingin menjadikan sukan sebagai gaya hidup?
Biasakan diri untuk bersukan dan berpeluh. Walaupun seseorang boleh kekal sihat tanpa bersukan secara aktif, sukan mampu membentuk disiplin dan memberikan arah yang lebih jelas dalam hidup.
Sukan mengajar kita untuk menetapkan matlamat dan berusaha mencapainya. Apabila hidup mempunyai tujuan, masa akan dimanfaatkan dengan lebih baik dan tidak diisi dengan perkara yang tidak berfaedah. Selain itu, aktiviti fizikal juga mendorong kita untuk menjaga rutin harian seperti tidur yang cukup, pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang lebih sihat.
Secara keseluruhannya, sukan bukan sahaja mengubah fizikal, tetapi juga membentuk minda dan gaya hidup yang lebih seimbang dan berkualiti.
Artikel berkaitan: HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!
Transformasi sihat dan bentuk badan pelakon, Shah Jaszle merupakan satu perjalanan inspirasi yang mencerminkan disiplin dan kesungguhan.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!











