FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI
Kurang dari sebulan, dunia bakal digegarkan dengan kehadiran terbesar dalam dunia bola sepak, FIFA World Cup 2026 yang dianjurkan di 3 negara.
Selepas empat tahun, FIFA World Cup akhirnya kembali pada tahun 2026. Tahun ini, FIFA World Cup 2026 bakal dianjurkan di tiga negara iaitu Canada, Mexico dan United States. Tahun 2026 bukan sekadar menandakan kepulangan kejohanan yang dinanti-nantikan ini, tetapi turut membawa satu era baharu buat dunia bola sepak apabila buat pertama kalinya dalam sejarah. Dengan skala yang lebih besar, stadium yang lebih moden. Serta, jumlah pasukan yang bertanding meningkat kepada 48 negara. Edisi kali ini dijangka menjadi antara FIFA World Cup paling epik pernah berlangsung.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1930 di Uruguay, FIFA World Cup bukan sekadar sebuah kejohanan sukan. Ia adalah fenomena global yang menyatukan manusia daripada pelbagai budaya, bahasa dan latar belakang di bawah satu semangat yang sama. Cinta terhadap bola sepak. FIFA World Cup 2026 bakal bermula pada 11 Jun 2026 hingga 19 Julai 2026.
Antara momen ikonik ketika FIFA World Cup ialah Diego Maradona pada tahun 1986 menerusi jaringan ikonik “Hand of God” dan solo gol luar biasa menentang England. Atau momen penuh emosi apabila Zinedine Zidane mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak dengan insiden tandukan kontroversinya pada final 2006. Selain itu, generasi moden pula membesar dengan persaingan legenda antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Dua nama besar yang mendominasi dunia bola sepak selama lebih satu dekad. Kemenangan Argentina pada 2022 FIFA World Cup menjadi salah satu penamat paling indah dalam sejarah sukan apabila Messi akhirnya menjulang trofi yang paling diimpikannya.
Sementara kita mengambil vibe FIFA World Cup 2026, mari kembali ke tahun sebelum ini dengan senarai negara yang pernah memenangi FIFA World Cup.
Kini, dunia bersedia untuk mencipta memori seterusnya di FIFA World Cup 2026. Dengan gabungan teknologi moden, generasi pemain muda yang semakin menyerlah, serta jutaan penyokong yang bakal memenuhi stadium di seluruh Amerika Utara. Edisi kali ini dijangka membawa pengalaman yang lebih besar, lebih meriah dan lebih emosional. Persoalannya sekarang — siapakah yang bakal mencipta sejarah baharu? Adakah juara bertahan akan terus mendominasi, atau dunia bakal menyaksikan kebangkitan pasukan underdog yang mengejutkan semua?
2022 – Argentina
Perlawanan bersama: France
2018 – France
Perlawanan bersama: Croatia
2014 – Germany
Perlawanan bersama: Argentina
2010 – Spain
Perlawanan bersama: Netherlands
2006 – Italy
Perlawanan bersama: France
2002 – Brazil
Perlawanan bersama: Germany
1998 – France
Perlawanan bersama: Brazil
1994 – United States of America
Perlawanan bersama: Italy
1990 – Germany
Perlawanan bersama: Argentina
1986 – Argentina
Perlawanan bersama: Germany
Pautan berkaitan: ANN POW, DUTA NEW BALANCE MALAYSIA JADI WANITA MALAYSIA PERTAMA TAMATKAN ULTRAMAN AUSTRALIA 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™
Rexona Malaysia melangkah ke pentas global sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026™, meraikan semangat bola sepak dengan Rexona.
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.











