Skip to content

REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™

Kongsikan artikel ini

Dalam dunia yang dikuasai oleh adrenalin, dan semangat kesukanan, Rexona Malaysia kini melangkah ke pentas global sebagai Penaja Rasmi Deodoran FIFA World Cup 2026™. Satu detik bersejarah yang menyatukan dua kuasa besar bola sepak dan gaya hidup aktif.

PENTAS DUNIA

Tiada sukan yang mampu menyatukan rakyat Malaysia seperti bola sepak. Sama ada menonton perlawanan tengah malam bersama rakan-rakan di kedai mamak atau bersorak di stadium, setiap detik menyemarakkan semangat kebersamaan yang unik.

Dengan penajaan ini, Rexona bukan sekadar jenama deodoran. Malah ia menjadi sebahagian daripada budaya bola sepak tempatan yang hidup dengan penuh emosi, tenaga dan keyakinan.

ICE COOL UNTUK DETIK PANAS

Rexona memperkenalkan Rexona Ice Cool Spray Edisi Terhad FIFA World Cup 2026™, menampilkan perlindungan sehingga 72 jam daripada peluh dan bau badan. Sensasi sejuknya memberi kesegaran yang kekal  ketika aksi paling mendebarkan. Dengan teknologi anti-noda, pengguna kekal yakin sama ada di padang, di ruang kerja, atau ketika meraikan kemenangan pasukan kegemaran.

HADIAH KE PIALA DUNIA UNTUK PEMINAT SETIA

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, peminat berpeluang memenangi pengalaman eksklusif bernilai RM50,000 untuk dua orang menyaksikan FIFA World Cup 2026™. Caranya hanya perlu membeli mana-mana produk Rexona di kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia. Rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak dunia.

INSPIRASI

Antara jenama deodoran terkemuka dunia, Rexona terus komited membantu orang ramai bergerak dengan penuh keyakinan. Penajaan ini bukan sekadar strategi pemasaran, tetapi simbol kepercayaan bahawa gerakan ini  mampu mengubah rutin harian masyarakat dari sukan sehingga ke aspek kesejahteraan diri.

Rexona mengingatkan kita bahawa keyakinan bermula dengan pergerakan, dan setiap langkah adalah peluang untuk memberi inspirasi kepada dunia.

FIFA World Cup 2026™ mungkin berlangsung di Amerika Syarikat, tetapi semangatnya kini turut menyala di Malaysia. Dengan kolaborasi ini, Rexona Malaysia membuktikan bahawa keyakinan, pergerakan dan semangat bersatu bukan hanya milik atlet di padang tetapi ia milik semua.

Artikel Berkaitan: 10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
5 PEMAIN MUDA YANG MENYERLAH SEPANJANG FIFA WORLD CUP 2026

5 PEMAIN MUDA YANG MENYERLAH SEPANJANG FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
SPAIN BERGELAR JUARA DUNIA SETELAH MENENTANG ARGENTINA

SPAIN BERGELAR JUARA PIALA DUNIA SETELAH MENENTANG ARGENTINA 1-0

Bacaan Lanjut
SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026

SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ

7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ

Bacaan Lanjut