ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN
Onitsuka Tiger hadir dengan model terbaharu yang diinspirasikan oleh bola tampar era 80’an, ROTEMIT™ dengan pilihan warna unik.
Onitsuka Tiger kini memperkenalkan model terbaharu mereka, ROTEMIT™. ROTEMIT™ merupakan sebuah rekaan kasut yang diinspirasikan daripada kasut bola tampar era 1980-an. Ia kemudian diberi sentuhan moden yang lebih segar serta versatil untuk gaya masa kini.
Menggabungkan elemen retro dengan estetika kontemporari, ROTEMIT™ tampil dengan siluet bersih dan minimalis sambil mengekalkan identiti klasik yang sinonim dengan era tersebut. Model ini direka untuk melengkapkan pelbagai gaya fesyen moden tanpa menghilangkan karakter vintajnya.

Ditawarkan dalam enam pilihan warna berbeza, ROTEMIT™ hadir dengan gabungan tona lembut dan pilihan warna lebih berani sebagai aksen. Setiap warna membawa identiti tersendiri, memberikan dimensi dan variasi halus kepada gaya pemakai.
Dari segi material, bahagian upper kasut ini menggabungkan tekstil bertekstur matte bersama suede kulit lembu yang lembut. Ia menghasilkan kontras tekstur yang memberikan rasa lebih mendalam dan premium. Kemasan berkedut sederhana pula menambahkan elemen vintaj yang seimbang antara gaya rugged dan refined.

Salah satu ciri paling menonjol pada ROTEMIT™ ialah reka bentuk outsole berbentuk cup sole yang kelihatan seolah-olah terpisah di bahagian depan dan belakang. Ini mencipta visual unik pada kasut. Perincian menegak pada tapak pula menambah dimensi serta memberi kehadiran yang lebih kuat pada keseluruhan siluet.

Berinspirasikan bentuk asal kasut bola tampar tahun 1980-an, ROTEMIT™ berjaya membawa kembali mood dan esensi era tersebut. Kini, ia hadir dalam interpretasi yang lebih moden dan relevan dengan landskap fesyen hari ini.
Dengan gabungan warisan sukan dan sentuhan gaya kontemporari, ROTEMIT™ membuktikan bagaimana elemen klasik boleh terus berevolusi menjadi sebahagian daripada fesyen moden.
Pautan berkaitan: PELANCARAN GLOBAL KOLABORASI COACH DAN BRAIN DEAD MENJADI PERHATIAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
WANGIAN PERTAMA DARI ONITSUKA TIGER: WEARING QUIET RADIANCE
Onitsuka Tiger telah mempersembahkan wangian pertama mereka, menampilkan empat wangi yang unik dan istimewa buat penggemar wangian.
ONITSUKA TIGER BUKA SS25 BERSAMA MOMO TWICE
Onitsuka Tiger terus mempersembahkan koleksi Yellow yang menggabungkan fesyen dengan sukan, bersama MOMO dari TWICE.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.











