ANN POW, DUTA NEW BALANCE MALAYSIA JADI WANITA MALAYSIA PERTAMA TAMATKAN ULTRAMAN AUSTRALIA 2026
Duta New Balance Malaysia, Ann Pow mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama berjaya menamatkan Ultraman Australia 2026.
Ultraman Australia 2026 merupakan salah satu acara ultra-endurance paling mencabar dan eksklusif di dunia. Kejayaan menamatkan perlumbaan sejauh 515 kilometer selama tiga hari di Queensland, Australia itu menjadi satu pencapaian besar dalam perjalanan atletiknya.
Ann Pow, duta Malaysia New Balance sekali gus mengangkat nama negara dalam arena sukan endurance global.
Acara ini berlangsung di Noosa, Sunshine Coast, Queensland. Ultraman Australia merupakan acara triathlon ultra-endurance yang menguji ketahanan fizikal dan mental peserta menerusi gabungan renangan, kayuhan basikal dan larian jarak jauh. Menamatkan setiap peringkat perlumbaan sendiri sudah dianggap satu kejayaan luar biasa dalam kalangan atlet endurance dunia.

Perlumbaan dimulakan pada hari pertama dengan renangan air terbuka sejauh 10 kilometer sebelum diteruskan dengan kayuhan basikal sejauh 145 kilometer. Hari kedua pula menyaksikan peserta mengharungi tambahan kayuhan sejauh 276.1 kilometer. Manakala hari ketiga ditutup dengan larian double-marathon sejauh 84.3 kilometer. Secara keseluruhan, peserta perlu menempuh jarak 515 kilometer dalam tempoh tiga hari berturut-turut.
Ann berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan masa rasmi 30:43:24. Hasil persiapan rapi, disiplin latihan yang konsisten serta kekuatan mental yang luar biasa sepanjang beberapa bulan sebelum perlumbaan berlangsung.
Ultraman Menjadi Pengalaman Paling Mencabar
Menurut Ann, persediaan untuk Ultraman merupakan pengalaman paling mencabar yang pernah dilaluinya, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental. “Persiapan untuk Ultraman sangat berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Ia benar-benar mengajar saya tentang kesabaran, konsistensi dan bagaimana untuk kekal tenang ketika berada dalam keadaan tidak selesa. Cabaran sebenar bukanlah fizikal semata-mata, tetapi bagaimana untuk terus percaya kepada proses walaupun kemajuan terasa perlahan,” katanya.
Walaupun kejayaannya membawa makna besar sebagai wakil Malaysia di pentas antarabangsa, Ann menegaskan bahawa perjalanan itu lebih bersifat peribadi. Ia lebih kepada untuk membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia mampu mencapai sesuatu yang pernah dianggap mustahil.

“Menjadi wanita Malaysia pertama yang menamatkan Ultraman sememangnya sesuatu yang bermakna, tetapi saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan tekanan itu. Bagi saya, Ultraman adalah tentang cabaran peribadi dan peluang untuk melihat sejauh mana saya mampu pergi. Melintasi garisan penamat bukan tentang rekod, tetapi tentang membuktikan kepada diri sendiri bahawa had sebenar kita jauh lebih besar daripada apa yang kita fikirkan,” ujarnya.
Sepanjang perlumbaan tiga hari itu, Ann berdepan keletihan fizikal yang berterusan serta tekanan mental yang tinggi. Itu merupakan satu gambaran jelas tentang tahap fokus, disiplin dan ketahanan yang diperlukan untuk menamatkan acara ultra-endurance sebesar ini. “Saya hanya mahu melihat sejauh mana saya boleh pergi sebelum saya sendiri memilih untuk berhenti,” tambahnya.
Langkah Seterusnya Buat Ann Pow
Selepas berjaya menamatkan Ultraman Australia 2026, Ann kini mula mengatur langkah untuk cabaran endurance seterusnya. Walaupun fokus utama ketika ini adalah pemulihan dan menjaga kesihatan, dia berazam untuk terus menguji kemampuan diri menerusi lebih banyak acara endurance bertaraf dunia pada masa akan datang.

“Sasaran pertama saya adalah untuk menamatkan perlumbaan dengan baik dan kekal sihat. Sekarang apabila saya sudah berjaya melakukannya, saya tahu ini hanyalah permulaan. Saya mahu terus meneroka kemampuan diri, mengambil cabaran lebih besar dan terus melangkaui batas yang saya tetapkan sendiri,” katanya lagi.
Kejayaan Ann Pow menamatkan Ultraman Australia 2026 bukan sahaja menjadi detik penting dalam dunia sukan endurance Malaysia. Tetapi, juga simbol keberanian, disiplin dan ketahanan mental luar biasa seorang atlet wanita Malaysia di pentas antarabangsa. New Balance Malaysia turut menyatakan rasa bangga dapat menyokong perjalanan Ann dalam meneruskan cabaran endurance pada tahap tertinggi.
Pautan berkaitan: 5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NEW BALANCE ABZORB 1890: REKA BENTUK BARU LEBIH FUTURISTIK
ABZORB 1890 oleh New Balance. Gabungan warisan dan inovasi dengan keselesaan SBS ABZORB. Boleh didapati di Malaysia mulai 12 Mac 2026.
NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif iaitu pembukaan New Balance Run Hub.
BINTANG TENIS COCO GAUFF TAMPIL MENGANCAM DENGAN NEW BALANCE X MIU MIU 2025!
Bintang tenis dunia Coco Gauff tampil memikat dengan koleksi New Balance X Miu Miu sepanjang kejohanan besar 2025. Ketahui butiran menarik di sini!
OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
GLAM Lelaki mengemukakan panduan "OOTD" yang perlu anda memiliki untuk memastikan anda sentiasa tampil bergaya dan menawan.
NEW BALANCE MELANCARKAN STOR KONSEP ‘AESTHETIC’ BAHARU DI MALAYSIA
Dalam memberikan pengalaman beli-belah yang segar, New Balance memperkenalkan konsep baharu pada stor mereka di Malaysia yang terletak di Sunway Pyramid.
10 SNEAKER LELAKI PALING BERGAYA UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Pelbagai rekaan sneaker paling bergaya sesuai untuk fungsi kegunaan harian. Selain itu, ia juga menjadi pelengkap kepada gaya outfit anda.











