Skip to content

pgl the musical 2026

AQASHA, AISHA RETNO & MILA MOHSIN PENERAJU UTAMA PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL 2026

Kongsikan artikel ini

Setelah puas berteka-teki, akhirnya terjawab persoalan peminat untuk mengetahui siapakah yang bakal membawa dua watak utama dalam PGL The Musical yang baharu. Baru sahaja diumumkan dua hari lepas, Aqasha, Aisha Retno dan Mila Mohsin merupakan bintang baharu PGL The Musical. 

Selepas lebih dua dekad mencipta fenomena dalam dunia seni persembahan tempatan, Puteri Gunung Ledang The Musical bakal kembali menemui penonton pada Oktober 2026 dengan versi yang lebih moden dan sinematik. Pementasan epik yang pernah mencuri perhatian ramai ini dijangka menghidupkan semula kegemilangan teater muzikal tempatan menerusi pembaharuan dari segi visual, muzik dan persembahan pentas.

Lebih menarik, produksi kali ini menampilkan gabungan bintang terkenal dan generasi baharu iaitu Aqasha, Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai teraju utama. Kehadiran mereka dilihat mampu membawa dimensi baharu kepada karya legenda yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.

Aqasha dijangka memukau penonton menerusi pengalaman luasnya dalam bidang lakonan dan nyanyian, manakala Aisha Retno pula membawa aura segar melalui vokal unik serta pengaruh kuat dalam kalangan peminat muda. Mila Mohsin yang semakin menyerlah dalam industri seni turut diberikan peranan penting bagi memperkukuhkan lagi emosi dan kekuatan jalan cerita muzikal ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Nafas lebih segar

Menurut Pengarah dan Penerbit Eksekutif, Puan Seri Tiara Jacquelina, versi baharu Puteri Gunung Ledang The Musical akan diberikan nafas segar tanpa menghilangkan emosi asal yang menjadi kekuatan utama karya tersebut. Tiara mahu memastikan pementasan ini kekal relevan dengan cita rasa penonton masa kini sambil mengekalkan nilai estetika. Dan elemen klasik yang menjadikannya begitu istimewa.

Pelakon lain seperti Luqman Hafidz, Nadia Aqilah, Mimi Fly dan Yusof Hashim juga terlibat dalam pementasan ini.

Kembalinya muzikal ini juga dilihat sebagai usaha memperkenalkan semula legasi Puteri Gunung Ledang kepada generasi baharu. Selain mengubat kerinduan peminat setia yang mengikuti pementasan terakhirnya pada tahun 2009. Dengan gabungan teknologi moden, produksi bertaraf antarabangsa dan barisan pelakon berbakat besar, Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 dijangka menjadi antara pementasan paling dinanti-nantikan dalam sejarah seni persembahan Malaysia.

Artikel berkaitan: 8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
anugerah juara lagu

SIAPA BAKAL MENJUARAI TROFI ANUGERAH JUARA LAGU 2024? #AJL38

Bacaan Lanjut