Skip to content

AMT 2026: HAEL HUSAINI & AISHA RETNO PECAH REKOD DENGAN LIMA PENCALONAN

AMT 2026: HAEL HUSAINI & AISHA RETNO PECAH REKOD DENGAN LIMA PENCALONAN

Kongsikan artikel ini

Hael Husaini dan Aisha Retno merupakan nama tersibuk yang berada di dalam barisan pencalonan Anugerah Melodi Terhangat (AMT 2026). 

Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026) bakal menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan barisan selebriti tempatan. Nama-nama popular mencuri perhatian menerusi pencalonan dalam pelbagai kategori. Namun, dua nama yang paling menyerlah di AMT 2026 ialah Hael Husaini dan Aisha Retno, masing-masing dengan lima pencalonan.

Boleh dikatakan kedua-duanya antara nama paling sibuk pada anugerah itu tahun ini. Menariknya, pencalonan yang diterima memperlihatkan kekuatan masing-masing dalam bidang muzik, populariti, pengaruh serta gaya.

Hael Husaini: Lima Pencalonan, Pelbagai Sisi

Bagi Hael Husaini, lima pencalonan yang diterima membuktikan pengaruhnya bukan sekadar sebagai penyanyi dan komposer. Namanya turut menembusi beberapa kategori yang mengiktiraf personaliti, inspirasi dan stail.

Hael dicalonkan dalam kategori Selebriti Maskulin Terhangat, Selebriti Muzik Terhangat, Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO, Selebriti Stailo Terhangat serta Selebriti Chemistry Terhangat menerusi gandingannya bersama penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah.

Daripada muzik kepada fesyen dan personaliti, pencalonan ini memperlihatkan Hael sebagai antara figura lelaki yang mempunyai pengaruh merentas pelbagai cabang industri hiburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

Aisha Retno: Kuat Dengan Muzik Dan Populariti

Tidak kurang hebat, Aisha Retno turut mengumpul lima pencalonan pada AMT 2026. Penyanyi yang sinonim dengan karakter tersendiri dalam muzik ini dicalonkan dalam kategori Selebriti Feminin Terhangat, Selebriti Muzik Terhangat dan Selebriti Viral Terhangat.

Dua lagi pencalonannya hadir menerusi kategori Lagu Terhangat bagi lagu Jodoh Lebaran serta Kota Ini Tak Sama Tanpamu, masing-masing menampilkan kolaborasi bersama Nadhif Basalamah dan Aziz Harun. Lima pencalonan tersebut mengukuhkan kedudukan Aisha sebagai antara nama yang semakin mendapat perhatian menerusi karya muzik, populariti digital serta keupayaannya mencipta karya yang dekat dengan pendengar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Momentum Bermula Daripada AJL 40

Menariknya, pencalonan Hael dan Aisha di AMT2026 hadir selepas kedua-duanya mencipta detik tersendiri di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL 40). Hael sebelum ini dinobatkan sebagai Ikon AJL 40. Aisha Retno pula meraih tempat kedua AJL 40. Pencapaian tersebut pastinya menambahkan lagi momentum kedua-dua penyanyi ini ketika mereka kini bersaing untuk merebut trofi AMT 2026.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

Dengan lima pencalonan setiap seorang, persaingan bukan lagi sekadar soal siapa paling banyak dicalonkan, tetapi siapa yang mampu menukarkan pencalonan tersebut kepada kemenangan. Adakah Hael bakal menambah koleksi trofi menerusi beberapa kategori yang disertainya? Atau Aisha akan terus mengukuhkan momentumnya dengan membawa pulang lebih daripada satu kemenangan? Antara nama-nama yang turut tercalon untuk AMT 2026 ialah Dolla, Hujan, Syafiq Kyle, Fattah Amin, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

AMT2026 bakal menentukan jawapannya. Sokong calon pilihan anda dengan melayari laman undian AMT 2026. Pilih kategori serta calon kegemaran anda dan jangan lepaskan peluang untuk memberikan undian sebelum tempoh pengundian berakhir. Anugerah Melodi Terhangat 2026 bakal bersiaran pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, secara langsung di TV3 dan Tonton.

Jadi, siapa pilihan anda, Hael Husaini atau Aisha Retno?

Pautan berkaitan: 5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

5 PENYANYI GENERASI BAHARU MALAYSIA YANG SEMAKIN MENYERLAH

Bacaan Lanjut
AJL 40 TV3

10 LAGU BAKAL BERENTAP MEMBURU GELARAN JUARA ANUGERAH JUARA LAGU 40

Bacaan Lanjut
pgl the musical 2026

AQASHA, AISHA RETNO & MILA MOHSIN PENERAJU UTAMA PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL 2026

Bacaan Lanjut

20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR

Bacaan Lanjut
MASIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI BERMAIN SELAMAT

MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’

Bacaan Lanjut