PEMAIN BOLA JDT, ARIF AIMAN HANAPI SAH BERGELAR SUAMI #YANGARIFTENTANGLIA
Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, kini sah bergelar suami pada usia 24 tahun selepas mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha.
Difahamkan, majlis akad nikah pasangan tersebut telah berlangsung di Johor Bahru pada Isnin dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Pasangan sama cantik sama padan itu tampil anggun mengenakan busana serba putih yang menyerlahkan lagi seri pengantin baharu.
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, suasana penuh bahagia dan menyentuh hati jelas kelihatan sepanjang majlis berlangsung. Antara momen yang paling mencuri perhatian ramai apabila Arif Aiman Mohd Hanafi dilihat gagal menahan sebak sejurus selesai melafazkan akad nikah, sekali gus membuatkan ramai netizen turut tersentuh dengan keikhlasan dan emosi yang dipamerkannya pada hari bersejarah itu.
Kehadiran pasangan diraja
Majlis resepsi berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama isteri, Che’ Puan Mahkota Khaleeda. Kehadiran pasangan diraja itu sekali gus menambahkan lagi seri dan kemeriahan majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni.

Sumber: Facebook Rasmi Tengku Mahkota Johor
Sebelum ini, kad jemputan majlis perkahwinan Arif Aiman turut menjadi perhatian ramai selepas tersebar luas di media sosial. Sekali gus menimbulkan keterujaan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. Rata-rata penyokong melahirkan rasa gembira apabila pemain utama Johor Darul Ta’zim itu akhirnya melangkah ke alam perkahwinan bersama wanita pilihan.
Penyanyi dari Indonesia, Nadhif Basalamah dijemput untuk menghiburkan pasangan pengantin dan tetamu yang menghadiri majlis resepsi.
Arif Aiman Hanapi merupakan antara bakat muda yang paling menonjol dalam arena bola sepak tempatan dan sentiasa menjadi tumpuan peminat sukan di seluruh negara. Kini, di samping terus memberi tumpuan penuh kepada prestasi di atas padang bersama pasukan JDT.
Artikel berkaitan: IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN
Daniel Bogers mengubah haluan kerjayanya sebagai pengulas dan hos sukan, sambil menyalurkan minatnya dalam dunia kecergasan.
EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID
Pelakon anggun dan molek Malaysia, Eyka Farhana akhirnya selamat bertunang bersama pilihan hatinya, Akhyar Rashid.
KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN
GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan memulakan pengembaraan urban di sekitar Kuala Lumpur dengan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang selesa, ringan dan bergaya.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO
Lima bulan menempuh alam persaraan, Safee Safi mengumumkan dia bakal menghangatkan kerusi konti sebagai penyampai radio.











