SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO
Lima bulan menempuh alam persaraan, Safee Sali mengumumkan dia bakal menghangatkan kerusi konti sebagai penyampai radio.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dipilih menjadi personaliti jemputan radio Era untuk segmen hujung minggu yang baru diperkenalkan, Super Safee ERA. Ia akan ke udara pada setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 11 pagi bermula 12 Ogos ini.
Segmen tersebut bakal memaparkan info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa. Ini termasuk berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan.
“Saya tidak hanya mengulas mengenai sukan tetapi pelbagai topik. Pada peringkat awal ini, segmen terbabit dibuat dalam bentuk rakaman. Tetamu pula dari semua golongan. Saya tak hadkan kepada ahli sukan sahaja. Sebab semua orang termasuk ahli politik pun bersukan. Saya juga akan menyelitkan unsur hiburan dalam segmen berkenaan. Saya tidak mudah untuk saya bercakap tentang hiburan kerana ia bukan bidang saya. Namun saya akan cuba sebaik mungkin,” katanya, menurut Harian Metro.
Peluang Safee Sali Hadir Tanpa Diduga
Menurut bekas atlet berusia 39 tahun itu, dia terkejut apabila ditawarkan menjadi penyampai radio hanya sehari selepas mengumumkan persaraan. Sepanjang 20 tahun bergelar terlibat dalam arena bola sepak, dia pernah berkhidmat dengan banyak pasukan termasuk KL City, Selangor, PKNS, PJ City, JDTdan Pelita Jaya (Indonesia).

Foto: Facebook
“Memang sangat terkejut sehari selepas umum bersara dalam arena bola sepak pada 24 Februari lalu, pihak radio Era hubungi saya memberikan tawaran ini. Saya berfikir dulu dan ambil masa kerana ia satu benda baru buat saya. Dari bidang sukan kepada penyampai radio. Apa satu benda pun saya tak tahu. Banyak perkara yang saya bincangkan dengan pengurusan sebelum menerima tawaran ini,” ujarnya.
Atlet kelahiran Kajang itu mengambil masa sekitar dua hingga tiga bulan untuk menerima tawaran tersebut. Dan kini, kerisauan utamanya adalah penerimaan peminat.
“Daripada sukan ke radio satu cabaran untuk saya. Memang satu cabaran besar kerana peminat sukan bukan golongan yang dengar radio. Macam mana saya nak tarik mereka, itu yang saya fikirkan. Semua perkara ini berlaku selepas persaraan.”
Walaupun bakal bergelar penyampai radio, dia tetap mahu merealisasikan impian untuk menubuhkan Akademi Safee Sali bagi melahirkan bakat baru bola sepak.
Foto: Facebook
Pautan berkaitan: “INILAH MASANYA” – SHUIB KEMBALI SEBAGAI PENYAMPAI RADIO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“TIDAK SEMUA LELAKI ADALAH CHAUVINISTIC” – BLINK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema "Our Heroes" tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Lau Hoe Yin atau lebih dikenali Blink sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan DJ dan usahawan berjaya di Malaysia.
IMRAN AQIL ILHAMKAN LAGU BUNGA DAHLIA KEJUTAN BUAT DAHLIA RIZAL
Imran Aqil membuat kejutan mengilhamkan Lagu Bunga Dahlia buat isterinya selepas majlis pernikahan pasangan yang telah menarik perhatian netizen.
PERSIAPAN HAMPIR SIAP, SHUIB TERUJA BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA
Shuib bakal melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Watie Hanifiah pada 23 Jun ini setelah hampir dua tahun memegang status bapa tunggal.
KENALI SIMI KHADRA, TEMAN WANITA BARU THE WEEKND BERKETURUNAN PALESTIN
Aktor dan penyanyi, The Weeknd dilaporkan menyulam cinta dengan seorang wanita Palestin dari Arab Saudi selepas dua tahun memegang status solo.
KHAIRY JAMALUDDIN: DARI PARLIMEN KE KONTI RADIO
Walaupun tidak lagi bergelar menteri, peminat akan terus berpeluang ‘mendekati’ Khairy Jamaluddin bermula minggu hadapan.
KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK
Bintang Blackpink, Lisa memberi kejutan kepada Blinks baru-baru ini dengan berkongsi fotonya bersama pemain bola sepak Brazil, Neymar.