SUARA KINI: PERJALANAN DAMIEN MIRZA SEBAGAI DJ DAN PEMUZIK
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Damien Mirza, salah seorang daripada empat pemuzik dengan latar belakang serta genre yang berbeza, menghiasi lampiran personaliti dengan bakat mereka dalam dunia muzik tempatan.
Nama yang penuh bakat dalam dunia DJ, Damien Mirza yang bermula dari berkongsi mixnya di SoundCloud, kini bergelar seorang pemuzik. Semangat Damien dalam dunia DJ menjadikan dia siapa dirinya pada hari ini.
“Wow, sungguh mendalam.”, ayat pertama yang diungkap oleh Damien apabila ditanya tentang kehidupan terkininya. Namun baginya, kehidupan sekarang amat bagus buatnya. Soalan ini membuatkan Damien mengimbau kembali zaman permulaannya sebagai seorang DJ dan dimana dia berdiri sekarang.
1. Kalau saya ikut anda seharian, apa perkara tentang Damien, yang paling akan mengejutkan saya?
Wow, anda akan terkejut tentang betapa senyapnya saya. Saya tidak terlalu banyak bercakap, secara umum. Walaupun ketika bersama rakan-rakan, saya sering berada di dalam dunia sendiri. Melainkan anda betul-betul mengenali saya.
2. Apa satu perkara yang orang selalu anggap tentang anda, tetapi sebenarnya tidak betul?
Mungkin ‘poyo’ (ketawa), kerana wajah saya. Ramai yang menganggap saya sebagai seorang yang sombong dan kurang senyum. Mungkin kerana wajah saya kelihatan garang dan tidak mesra. Saya perlu dikenali lebih mendalam mungkin.
3. Selain muzik, apa yang paling banyak mengisi masa anda sekarang?
Saya suka bersukan. Saya berlari, bermain futsal serta pickleball. Berlari merupakan perkara yang saya sukai sejak sekolah lagi. Jadi, kebanyakan waktu saya berada di luar melakukan aktiviti luar, lebih-lebih lagi berlari dan mendaki gunung.
4. Daripada semua mixtape yang pernah anda keluarkan, yang mana paling dekat di hati anda?
Mungkin salah satu mixtape yang saya pernah keluarkan di SoundCloud. Ia mungkin kedengaran teruk, kerana itu merupakan mixtape pertama saya ketika mula berjinak-jinak dalam dunia DJ, tetapi cukup dekat dengan hati saya kerana itulah satu benda yang menjadi titik permulaan buat saya. Dan saya masih ingat, saya merakam mixtape tersebut di rumah rakan saya. Sudah empat tahun sejak hari itu.
5. Saya akan cari semula mixtape itu. Apa cabaran paling besar dalam menghasilkan muzik yang mungkin peminat tidak pernah nampak?
Sebagai DJ, mungkin perkara yang tidak dilihat oleh mata luar ialah persiapan yang perlu disediakan. Lagu-lagu yang perlu disediakan untuk memastikan pentas tarian terus berjalan. Dan satu perkara yang ramai tidak tahu tentang seorang DJ, kami perlu merancang sepanjang malam itu, buat pendengar. Satu tip jika berlaku masalah ketika set, ambil mikrofon dan kawal pendengar anda, dengan suara anda sendiri.Dan ya, ia semestinya terjadi kepada saya sebelum ini.
Pautan berkaitan: SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 DJ GENERASI BAHARU YANG KINI SEDANG HANGAT DI MALAYSIA
Didorong oleh DJ muda di Malaysia yang baharu, berani,dan penuh identiti, scene tempatan kini tidak lagi terikat pada satu bunyi atau acuan.
DJ TERHANGAT, AIDAHO INGIN KEHIDUPAN YANG TENANG
Walaupun Aidaho dipenuhi dengan nightlife yang cukup meriah sebagai dj, dia sebenarnya inginkan kehidupan yang tenang bersama kucingnya.
“TIDAK SEMUA LELAKI ADALAH CHAUVINISTIC” – BLINK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema "Our Heroes" tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Lau Hoe Yin atau lebih dikenali Blink sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan DJ dan usahawan berjaya di Malaysia.
SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO
Lima bulan menempuh alam persaraan, Safee Safi mengumumkan dia bakal menghangatkan kerusi konti sebagai penyampai radio.
KHAIRY JAMALUDDIN: DARI PARLIMEN KE KONTI RADIO
Walaupun tidak lagi bergelar menteri, peminat akan terus berpeluang ‘mendekati’ Khairy Jamaluddin bermula minggu hadapan.
PARIS HILTON & CARTER REUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PERTAMA
Lebih setahun berumah tangga, sosialit dan usahawan terkenal, Paris Hilton akhirnya bergelar ibu pada usia 42 tahun.











