Skip to content

BERLUTI LANCAR AKSESORI SIGNATURE

Kongsikan artikel ini

JENAMA PREMIUM BERLUTI TIBA DI KUALA LUMPUR LANTAS MENGUNDANG RASA TERUJA BUAT SI PEMINAT FESYEN. TERMASUKLAH KAMI DI GLAM LELAKI. KOLEKSI BARU, SIGNATURE MENAMBAH LAGI SEBAB MENGAPA PARA LELAKI HARUS BERKUNJUNG KE BUTIK BERLUTI YANG SUDAH PUN MULA BEROPERASI DI KOMPLEKS SURIA KLCC.

Pengarah Artistik Berluti, Kris Van Assche bijak merancang rekaan yang cukup terdepan penginovasiannya. Menghadirkan himpunan aksesori pelbagai fungsi dan rupa, SIGNATURE menggabungkan kanvas bersama material yang dilengkapi motif Venezia.

Motif Venezia ditampilkan secara perulangan dan rawak, mengakrabkan trend masa kini, yang mana obsesi monogram kekal menjadi kesukaan saban musim.

Menggarap inspirasi dari gerobok arkib Berluti, motif tersebut turut menampilkan logo baru Berluti, melambangkan era baru Berluti yang segar dan beridentiti moden.

“Kanvas SIGNATURE ini mewujudkan jambatan antara masa lalu dan masa kini,” kata Kris Van Assche. Dicetak dengan latar belakang hitam dan disulami warna kelabu secara keseluruhannya, ia langsung mengingatkan Kris pada landskap indah Paris. Selaras dengan tempat asal jenama Berluti.

Ketegapan rekaan SIGNATURE diperkukuhkan lagi dengan perincian kulit yang dihiasi kancing logam berkilau pada setiap bahagian aksesori. Balutan tersebut menguatkan lagi identiti mewah Berluti terhadap pertukangan aksesorinya. Koleksi baru ini menawarkan rekaan multi fungsi seperti beg bimbit, beg galas, beg tote, beg weekender, ‘briefcase’, sniker dan bekas aksesori kecil.

Koleksi SIGNATURE mula membuat kemunculan sulung sewaktu pementasan Berluti Musim Luruh/Sejuk 2020 yang telah diadakan di Minggu Fesyen Paris tahun lepas.

 

 

1 of 5

 

 

aksesori Berluti

1 of 5

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN

GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN

Bacaan Lanjut