ENERGI NEW YORK BERI SEMANGAT LAIN PADA TOD’S
Dalam rentak energi yang cukup padu, New York menzahirkan semangatnya dengan cara unik. Tod’s ambil peluang ini dengan merayakan bersama bintang-bintang semasa melalui kempen kasut baru mereka. Memilih tajuk In Our Shoes, kempen ini dibarisi oleh selebriti muda yang punya lagak tersendiri. Mereka termasuklah Gabriella Bechtel, Levi Dylan dan Talyor Rosen.

Kempen In Our Shoes oleh Tod’s

Kasut Tod’s koleksi Musim Luruh 2020
Uniknya kempen ini adalah bagaimana Tod’s menggayakan personaliti dalam kasut bersama helaian terus daripada gerobok peribadi masing-masing. Juga, ada sekumpulan penari dari Tisch School of the Art menjadi watak pembantu untuk memeriahkan lagi kempen In Our Shoes oleh Tod’s.

Tiga bintang utama kempen Tod’s, Gabriella Bechtel, Levi Dylan dan Talyor Rosen.

Penari dari Tisch School of the Art
Kempen yang dirakam oleh Jim Dylan ini mempertontonkan kehidupan orang New York yang bersahaja. Gabriella Bechtel dan Levy Dylan dirakan sedang asyik bemesra berdua sehingga terserempak dengan sekumpulan penari. Lantas terus hidup energi kota New York yang dinamik. Seni tari direka oleh Grace Tong dan dibantu oleh Xuly Williams memaparkan rentak kreatif antara dua kumpulan yang berbeza. Kempen ini akan diteruskan untuk musim seterusnya bersama sekolah tarian yang lain pula.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Selebriti-selebriti Asia mendominasi musim fesyen kali ini dengan wajah mereka berada di serata acara Milan Fashion Week Men's SS26.
HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Hael Husaini dan ALVN menjadi antara wajah dari Malaysia yang menghadiri acara Milan Fashion Week Men's SS26 tahun ini.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
XIAO ZHAN UNGGULI ESEN TOD’S
Tod’s memperkenalkan kempen Musim Bunga/Panas 2025, dengan penampilan wajah pelakon Asia Xiao Zhan, daripada China.
TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN
Ton warna yang lembut seperti pastel dan soft neutrals dalam koleksi kapsul TOD'S· X boleh memberikan kesan yang menenangkan nan elegan. Warna-warna ini sangat ideal untuk digayakan kala acara akhir tahun. Kombinasi warna ini nyata versatil sesuai buat mereka yang suka terlihat tanpa berlebihan.