Skip to content

5 DEODORAN PILIHAN UNTUK PELINDUNG BAWAH LENGAN

Kongsikan artikel ini

Tidak kiralah serumit atau sesempurna mana rutin penjagaan kulit anda, tapi usah ketepikan hal penggunaan deodoran. Kebersihan dan kesegaran bawah lengan adalah hal yang patut menjadi keutamaan. Sudah nak masuk tahun 2021, tapi masalah bau badan di kalangan lelaki masih ada. 

Deodoran datang dalam perlbagai jenis, ada yang jenis salap, krim dan semburan. Pilih sahaja yang berpadanan dengan keselesaan. Untuk memudahkan anda, letak sahaja deodoran di dalam kamar mandi, usai bersiram dan keringkan badan, terus semburkan sahaja. Kemudian barulah dilakukan rutin-rutin lain. Lagi satu, elakkan menyembur meinyak  wangi di bawah lengan ya, bahan kandungannya tidak sama dengan deodoran, sebab itulah ada sesetengah lelaki baunya menjadi tengik walaupun mereka sudah menyembur haruman. Glam Lelaki senaraikan lima deodoran, pilihlah yang mana berkenan. 

Kiehl’s Superbly Efficient Anti-Perspirant and Deodorant, RM78

Saya memang pengguna deodoran Jenis krim ini. Sudah hampir setahun menggunakannya, dan saya memang cadangkan untuk anda cuba. Berpandukan pengalaman ia membuat bawah lengan bebas bau peluh dan palings aya suka ia tidak menyebabkan kesan kuning pada baju. Ia mengandungi campuran oren dan lemon tapi ia tidak mempunyai sebarang bau. Menurut Kiehl’s ini memang antara deodoran kegemaran pelanggan setia mereka. 

 

Jack Black Pit Boss Antiperspirant & Deodorant, RM75

Formulanya lembut dan ringan, melindungi bawah lengan dari kebasahan dan masalah bau yang tidak menyenangkan. Ia juga tidak menyebabkan iritasi seperti sesetengah deodoran lain. Teksturnya jernih, meluncur laju tanpa kesan pada pakaian. 

 

Clinique For Men Antiperspirant Deodorant Roll-On, RM78

Saya memang penggemar Haruman Clinique Happy for Men, baunya Segar dan betul-betul buat mood berasa senang. Deodoran ini tidak melekit, bebas Haruman dan ia juga tidak mempunyai paraben.

 

Malin+Goetz BERGAMOT DEODORANT, RM115

Saya suka bau bergamot, baunya lembut dan tidak mencucuk hidung. Deodoran dari Malin+Goetz ini tidak mengandungi alkohol, soda penaik, paraben mahupun pewangi tiruan. Ia mendapat manfaat penjagaan daripada ekstrak bergamot dan probiotic enzymes yang meneutralkan bau badan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang berkulit sensitif.

 

Nivea Men Sport Spray, RM14

Ia mengandungi mineral kompleks yang memberikan kesegaran biarpun selepas aktiviti bersukan. Ia mengandungi perlindungan antiperspirant 48 jam. Ia bebas alkohol dan punya aroma yang cukup maskulin. Harganya juga mesra poket. 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN 'NICHE' YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

Bacaan Lanjut
MASIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI BERMAIN SELAMAT

MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’

Bacaan Lanjut

LANGKAH UNTUK KEKAL RAPI & KEMAS UNTUK LELAKI DI PAGI RAYA

Bacaan Lanjut