Skip to content

JAM TANGAN RADO DAPAT SENTUHAN SENI GLOBAL

Kongsikan artikel ini

Buat para pecinta dunia horologi pasti akan dapat meneka yang kebijaksanaan Rado ini terletak pada penghasilan rekaan jam. Lebih tepat lagi, Rado adalah pelopor dalam gelanggang horologi untuk menyediakan jam tangan dalam material berteknologi tinggi. Mereka juga mengutamakan rekaan jam tangan agar lebih mudah mnedapat perhatian dunia horologi. Sejak 1917 lagi

Rado menjuari dalam seni rekaan jam tangan dan tahun ini mereka mahu teruskan dengan kolaborasi bersama empat bintang global. Mereka adalah Formafantasma asal Itali, Tej Chauhuan (Britain), Thukral & Tagra (India) dan YOY (Jepun). Mereka semua ini diberi kesempatan untuk mereka semula koleksi True Square oleh rado.

Formafantasma

jam tangan rado

Duo Pereka Formafantasma

 

True Square ilham Formafantasma memilih untuk mengekalkan sisi tradisi jam ini. Tapi, diselitkan dengan rekaan yang misteri. Ia kelihatan pada permukaan jam yang lebih kecil, mengembalikan idea pada jam poket lampau. Mereka mahukan jam True Square ini kekal sebagai tugas mutlaknya yakni sebagai pemberi tahu masa. Teknologi kemasan seramik ditambah berlapis-lapis untuk memberi tahan lasak dan calar pada koleksi ini. Formafantasma juga mengetengahkan seni monobloc pertama dalam seni pembuatan jam tangan.

 

jam tangan rado jam tangan rado jam tangan rad

 

YOY

Duo Pereka Yoy

 

Pereka duo dari Jepun ini pula melawan arus semasa dengan menukar True Square kepada jam analog. Mereka menggabungkan dua rekaan untuk True Square dan terlahirlah True Square Undigital. Seutas jam tangan laur dari kotak lapuk horologi. Smart watch yang bukan digital! Sentuhan Yoy kali ini berjiwa futuristik. Diperkasa dengan rekaan yang berinovasi dimana monoblok dibiarkan ultra nipis.

 

Pereka Yoy

Pautan Berkenaan: Dail Bagai Kanvas Seni

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AUDEMARS PIGUET 150 HERITAGE DIIKTIRAF SEBAGAM JAM TANGAN KALENDAR DAN ASTRONOMI DI GPHG 2026

AUDEMARS PIGUET 150 HERITAGE DIIKTIRAF SEBAGAM JAM TANGAN KALENDAR DAN ASTRONOMI DI GPHG 2026

Bacaan Lanjut
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET 'THE WATCH KEEPERS': TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

Bacaan Lanjut
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut