Skip to content

PADUAN GAYA NEYMAR JR. DENGAN SUEDE PUMA

Kongsikan artikel ini

PUMA BERJAYA MENONJOLKAN SISI FESYEN NEYMAR JR. IKON SUKAN TERSEBUT DITATA DALAM PELBAGAI STAIL HEBAT MELALUI PENERBITAN SIRI GAMBAR, YANG MANA SNIKER SUEDE PUMA SEBAGAI FOKUS UTAMA. 

PUMA melanjutkan lagi kerjasama bersama bintang bola sepak terkenal, Neymar Jr. Ini merupakan kolaborasi terbaru antara PUMA dan Neymar. Sejak diumumkan pelantikan Neymar sebagai duta global PUMA, akaun Instagram PUMA sarat dengan wajah-wajah Neymar. Sama ada dalam helaian PUMA, mahupun koleksi kasut.

Pelantikan Neymar untuk jenama fesyen dan gaya hidup superit PUMA ini, membuktikan bahawa personaliti sukan masih berpengaruh dan ada tarikannya tersendiri.

Terbaru, PUMA dan Neymar menghasilkan siri gambar yang menampilkan koleksi sniker Suede PUMA yang ikonik dipadankan dengan ajnas stail. Penggambaran siri gambar tersebut merupakan kerjasama bersama portal fesyen Highsnobiety. Bukan selalu kita dapat lihat Neymar bergaya dalam stail yang bukan dalam pakaian sukan. Dalam siri gambar tersebut, Neymar ditampilkan dalam tiga gaya yang berbeza-beza. Penataan tersebut mencadangkan sniker Suede PUMA adalah pelengkapa gaya terbaik tanpa batasan. Apa jul stail yang ingin anda pamerkan sesuai dipadankan dengan Suede PUMA.

Gaya pertama, Neymar memakai sut merah yang langsung melambangkan sisi fesyennya. Membuktikan yang Neymar bersikap terbuka untuk mencuba stail yang lebih ‘bold’, lari dari kebiasaan stailnya. Sisi ‘stylish’ seseorang itu boleh ditingkatkan jika menggayakan sut berwarna. A perfect style for summer.

Gaya kedua pula, Neymar ringkas dengan berseluar hitam dan fokus hanyalah pada Suede PUMA. Imej yang dipamerkan Neymar tersebut, menonjolkan bentuk badan atletik Neymar yang sememangnya menjadi pujaan ramai. Padanan ini mencipta stail kasual Neymar, yang mana cukup akrab dengan identiti gaya Neymar.

Gaya ketiga mencadangkan imej yang lebih matang. Pada masa yang sama, moden dan kekinian. Neymar dirakam menyarung kemeja putih dan seluar hitam, dilengkapi Suede PUMA. Padanan ini menggabungkan helaian terarah formal dengan sniker yang memunculkan idea segar kala memilih gaya untuk acara ‘black-tie’. Ditch your formal shoes and go for sneakers instead! Cool bukan?

Pengarah Kreatif PUMA, Heiko Desens, melafazkan rasa banger dapat menonjolkan sisi fesyen Neymar bersama paduan sniker Suede PUMA. Sambungnya lagi, penampilan Neymar dalam produk gaya hidup memperlihatkan sesuatu di luar zon selesanya.

Neymar jr suede puma

Neymar jr suede puma

Artikel berkaitan: PUMA Future Rider 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut
fashion show

TRIO PENYANYI WANITA HEBAT MENDOMINASI PENTAS VICTORIA SECRET 2024

Bacaan Lanjut
WIN METAWIN MEMERIAHKAN PEMBUKAAN FLAGSHIP STORE TERBESAR PUMA DI MALAYSIA

WIN METAWIN MEMERIAHKAN PEMBUKAAN FLAGSHIP STORE TERBESAR PUMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
Skechers KLFW 2024

TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU

Bacaan Lanjut
Christian Louboutin

“ROCKNRUN” SENTUHAN BARU CHRISTIAN LOUBOUTIN

Bacaan Lanjut
OUTFIT LELAKI

OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut